KUALA LUMPUR: Australia bercadang untuk menghantar pegawai-pegawainya ke Malaysia bagi memberi penjelasan lanjut berhubung pakatan tiga hala AUKUS yang ditubuhkan pada Rabu lepas.
Menurut Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, beliau bersetuju dengan langkah tersebut yang dicadangkan oleh rakan sejawatnya dari Australia, Marise Payne.
“Baru-baru ini saya telah menerima panggilan telefon daripada rakan sejawat saya dari Australia, Senator Marise Payne.
“Beliau turut memberi penerangan tentang AUKUS dan saya bersetuju dengan cadangan beliau mengenai penghantaran pegawai-pegawai dari Australia ke Malaysia bagi memberi penjelasan dan pemahaman lebih lanjut mengenai perkara ini,” kata Saifuddin.
Saifuddin turut menyokong sepenuhnya kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu yang menyatakan kegusaran bahawa kerjasama baharu antara Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia atau AUKUS akan meningkatkan ketegangan di Indo-Pasifik.
“Malaysia tetap berpendirian teguh dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan antarabangsa di rantau Indo-Pasifik, termasuk isu-isu yang berkaitan dengan perlucutan senjata nuklear, ketakcambahan nuklear dan penggunaan teknologi nuklear secara aman,” ujar Saifuddin dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook peribadinya hari ini.
Tambah beliau, pendirian Malaysia terhadap isu-isu berkaitan nuklear turut telah dibincang dan dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.
Justeru, Saifuddin menggesa pihak-pihak berkaitan di seluruh rantau untuk memainkan peranan yang lebih aktif.
“Dalam hal ini, saya menyeru semua pihak yang berkenaan di rantau ini untuk mengukuhkan kerjasama yang lebih aktif dalam mempromosikan dan mempertahankan rantau ini sebagai rantau yang aman, stabil serta berkembang dan makmur, sebagaimana yang digariskan di bawah ASEAN Outlook on Indo-Pacific,” tambah beliau.
BACA: Penubuhan AUKUS: Malaysia suarakan kegusaran kepada Australia
BACA: AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kegusaran bahawa pakatan AUKUS akan memangkin perlumbaan senjata nuklear serantau serta memprovokasi kuasa-kuasa lain untuk turut bertindak lebih agresif di rantau ini, terutamanya di Laut China Selatan.
Astro Awani
Sun Sep 19 2021
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah setuju dengan cadangan Australia menghantar pegawai-pegawai ke Malaysia bagi memberi penjelasan lanjut mengenai AUKUS. - Gambar Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.
Reformasi Pendidikan: Ini cadangan dikemukakan Perikatan Nasional
Masanya telah tiba untuk kita memperbaharui dan meningkatkan iltizam untuk memperkasa penghayatan budaya ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara yang berteraskan ilmu.
Syed Saddiq tak menyesal mansuh PLKN
Beliau turut mendakwa, program berkenaan hanya digunakan sebagai alat politik dan bersifat etnosentrik.
'Saya tiada kaitan dengan Roslizal Razali, Datuk Arshad' - Saifuddin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menafikan ada kaitan dengan seorang individu bernama Roslizal Razali yang kini dalam tahanan polis.