Tokoh perfileman dan seniman, Tan Sri Jins Shamsuddin sudah tiada. Jasadnya akan disemadikan pagi ini setelah beliau pergi buat selamanya petang Rabu.
Ketegasan dan senda gurau kini hanya menjadi bingkai kenangan kepada mereka yang rapat dengan allahyarham.
Salah seorang selebriti yang amat terkesan dengan pemergian seniman hebat itu ialah Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy.
Bagi Ogy, allahyarham merupakan guru dan juga ayahandanya yang sentiasa memberi dorongan, tunjuk ajar serta didikan mendalam berkaitan produksi serta lakonan.
"Beliau mengenali saya sejak saya dalam rahim ibu saya.
"Biarpun hubungan kami erat bagai sebuah keluarga, beliau tetap tegas dalam mendidik saya untuk menjadi anak seni yang berkualiti," katanya ketika ditemui media di perkarangan rumah lewat malam Rabu.
Kata Ogy, Tan Sri Jins sangat menekankan aspek disiplin malah dia sendiri pernah dilemparkan skrip ke muka akibat lewat lima minit ke set penggambaran.
"Kamu jangan main-main dengan beliau, saya dilemparkan skrip akibat lewat dan tiada penggambaran diadakan pada hari berkenaan akibat kelewatan saya," katanya dalam suara getar menahan sebak.
Jelas Ogy, kebijaksanaan yang ada pada Tan Sri Jins didorong oleh aura positif yang digerakkan dalam diri bagi menjayakan impiannya menjadi pengarah filem.
"Mungkin beliau dilihat sebagai individu yang sukar didekati dengan karisma yang ada padanya, tetapi beliau sebenarnya kelakar.
"Saya akui kelakarnya dengan gaya tersendiri malah jauh berbeza dengan kelakar allahyarham ayah saya.
"Tapi, dia ada misi untuk jadi pengarah dan sanggup untuk menyambung pengajian di London.
"Bayangkan di zaman itu, tiada pinjaman pendidikan atau apa-apa bantuan kerajaan, tetapi beliau mengusahakannya demi impian yang ingin dikecapi," jelasnya.
Malah, Ogy turut berharap sikap positif yang ada pada allahyarham wajar dicontohi generasi sekarang sebaiknya.
"Kamu dibenarkan untuk ada impian, berusahalah kamu untuk menggapainya tanpa memikirkan apa kata orang terhadap kamu," katanya lagi.
Hilal Azmi
Thu Mar 02 2017

Bagi Ogy, allahyarham merupakan guru dan juga ayahandanya yang sentiasa memberi dorongan, tunjuk ajar serta didikan mendalam berkaitan produksi serta lakonan. - Gambar fail

Nahas kereta api; Punca, siapa bertanggungjawab dikenal pasti
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.

Benzema ambil keputusan bakal tinggalkan Real Madrid
Nama Benzema dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Kak Ogy 'dilamar'? Majlis bakal diadakan minggu depan
Debaran itu makin terasa apabila 'majlis' tersebut bakal diadakan tidak lama lagi iaitu pada minggu hadapan.

Pelakon "Squid Game" raih trofi Golden Globes: "Tak perlu jutaan followers" - Ogy
Awal minggu ini menyaksikan sejarah tercipta di Hollywood apabila pelakon asal Korea Selatan, Oh Young Soo menerima anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di majlis anugerah Golden Globes Ke-79.

'Kalau tak lari kenapa block kami di Instagram, Kak Ogy?' - Vicha terkilan
Ogy menerusi laman sosialnya semalam (Sabtu) memberitahu tidak pernah berniat untuk melarikan diri ekoran kemelut bayaran tertunggak produksi.

"Saya tidak lari, sedang usaha cari dana untuk selesaikan bayaran" - Ogy Ahmad Daud
Ogy Ahmad Daud tampil jelaskan isu belum lunaskan bayaran kepada team produksi teater Korupsi Dewan Semandung.

"Saya harap Kak Ogy lunaskan bayaran dalam masa terdekat" - Khir Rahman pula bersuara
Semoga kemelut Ogy Ahmad Daud dengan team produksi teater Korupsi Dewan Semandung akan berakhir dalam suasana yang elok.

Ogy melenting, anggap kenyataan A Aida biadab
Pelakon dan penerbit, Datuk A. Aida juga dianggap sebagai biadab kerana meminta bakat baharu jangan buang masa menghadiri uji bakat jika tidak memenuhi kriteria berwajah cantik dan kacak.

Noryn Aziz kecil hati dengan komen Kak Ogy?
Juara Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Noryn Aziz tidak mengambil hati dengan komen yang dilemparkan oleh pelakon prolifik berbakat besar, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Kak Ogy.

Fauziah Ahmad Daud jemput Fattah Amin masuk kelas perbaiki mutu lakonan
Saya mahu Fattah Amin datang ke kelas saya belajar lebih banyak ilmu daripada segi lakonan supaya dapat mempelbagaikan teknik penyampaian dalam lakonan, kata Ogy.

'Jangan malukan mak ayah' - Ogy berang adik terpalit kontroversi tampar Aiman Tino
Pelakon Fauziah Ahmad Daud atau mesra dipanggil Ogy mengakui kecewa apabila nama adiknya, Fazlina Ahmad Daud terpalit kontroversi menampar penyanyi Aiman Tino.

Selamat tinggal, Taufik...
Betapa besarnya kehilangan seorang pelakon ikonik era 80-an, Azmil Mustapha buat gandingan emasnya, Fauziah Ahmad Daud.