awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Autobiografi Kay Kim adalah buku sejarah negara - Sultan Nazrin

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
12/04/2017
08:42 MYT
Autobiografi Kay Kim adalah buku sejarah negara - Sultan Nazrin
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Buku I, KKK The Autobiography of a Historian oleh Emeritus Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (kanan) hari ini. -- fotoBERNAMA
Buku autobiografi sejarawan ulung negara Prof Khoo Kay Kim adalah sebuah buku sejarah negara.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah, buku 'I, KKK - The Autobiography of a Historian' (IKKK) memaparkan perjalanan hidup seorang sejarawan bermula dari perpektif kanak-kanak yang menyaksikan pelbagai peristiwa.
“IKKK adalah juga sejarah negara, diceritakan melalui perspektif sejarah individu kanak-kanak di Kampar yang menyaksikan sendiri pendudukan tentera Jepun, remaja yang terperangkap dalam kereta api ketika berlakunya peristiwa berbalas tembakan di antara tentera Gurkha dan komunis,“ titah Sultan Nazrin ketika melancarkan IKKK di memorial Tunku Abdul Rahman di sini.
Sementara itu, Kay Kim yang ditemui ketika majlis pelancaran berkata buku 137 halaman itu dapat memberi perspektif sebenar tentang masyarakat Malaysia.
“Bagi saya, memang sudah lama saya mahu golongan muda sekarang ini mengenali masyarakat Malaysia. Mereka tak kenal, tanya tentang Kuala Lumpur pun mereka tak tahu,” katanya lagi.
Menurut Kay Kim, buku kisah hidupnya itu mengambil masa setahun untuk disiapkan, namun tidak semua pengalaman dapat dikongsikan dalam edisi kali ini dan akan disambung dalam keluaran akan datang.
Topic Berkaitan
#Khoo Kay Kim
#Sultan Nazrin Shah
#Sultan Perak
#The Autobiography of a Historian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan