Seekor harimau belang yang ditangkap Jabatan Perlindungan Haiwan dan Hidupan Liar (Perhilitan) pada 19 Julai lalu selepas berkeliaran di sekitar Kampung Besol Lama, Bukit Bes, Dungun, Terengganu disahkan mati pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), harimau tersebut mati di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak kira-kira jam 5.30 pagi.
Jelasnya, pemeriksaan fizikal di lapangan pada 19 Julai lalu ke atas haiwan tersebut menemukan kecederaan pada bahagian kaki, keradangan mata selain keadaannya yang mengalami dehidrasi.
Malah menurut kenyataan itu, pemindahan harimau tersebut ke NWRC bagi mendapatkan rawatan intensif daripada Doktor Veterinar Jabatan Perhilitan dan dikuarantin.
"Pemantauan rapi di NWRC pada 20 hingga 23 Julai 2019 menunjukkan terdapat tanda-tanda klinikal neurologi iaitu tidak agresif, berpusing satu arah apabila berjalan, sawan dan tanda klinikal jangkitan saluran pernafasan iaitu nasal discaj.
"Rawatan yang diberikan adalah secara simptomatik atau pun rawatan sokongan. Persampelan darah, serum serta swab telah dilakukan dan sampel telah dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh, di sini pada 21 Julai lalu," kata kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini.
BACA: Harimau 'jinak' berkeliaran di kampung berjaya ditangkap
BACA: Harimau 'jinak' berkeliaran di kampung mungkin ada tuan
BACA: Perhilitan tidak pernah keluar permit bela harimau untuk individu
Menurut kenyataan itu, keputusan virologi yang diterima semalam menunjukkan “Awang Besol” positif 'Virus Canine Distemper'.
Katanya, pelbagai usaha intensif untuk merawat dan menyelamatkan Awang Besol dijalankan.
Bagaimana menurut kenyataan itu, harimau itu telah disahkan mati di NWRC oleh Doktor Veterinar Jabatan Perhilitan dan bedah siasat akan dijalankan secepat mungkin.
"Canine Distemper adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang mudah menyerang haiwan domestik iaitu anjing atau lain-lain hidupan liar termasuk spesies harimau. Jika penyakit ini terkena pada harimau ia akan menunjukkan tingkah laku tidak takut kepada manusia dan kebarangkalian harimau untuk sembuh adalah sangat tipis.
"Pihak Jabatan tidak menolak kemungkinan Canine Distemper yang dihadapi Awang Besol disebarkan oleh haiwan liar di sekitar Kampung Besul lama, Bukit Besi, Dungun Terengganu," katanya lagi.
Pada 18 Julai lalu penduduk di sekitar Kampung Besol lama, Bukit Besi, Dungun Terengganu gempar dengan kehadiran harimau belang yang berkeliaran di rumah penduduk di situ.
Pihak Jabatan Perhilitan masih memantau kawasan tersebut dan memasang perangkap harimau bagi memastikan keselamatan penduduk di sekitar kampung berkenaan.
Sementara itu, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) meminta orang ramai menyalurkan maklumat terus kepada Jabatan Perhilitan dengan menghubungi talian 1-800-88-5151 jika terserempak dengan harimau di kawasan tersebut.
Sinar Harian
Tue Jul 23 2019
Awang Besol mati di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak kira-kira jam 5.30 pagi.
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
Wanita Malaysia buat hal di Jepun, parkir kereta ikut suka hati
Menerusi perkongsian foto pengguna X, tindakan wanita berkenaan telah menimbulkan kemarahan warga negara matahari terbit itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi (setakat jam 8:40 pagi)
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.
Liga Super: Solat hajat untuk Akhyar, Faisal sebelum TFC jumpa Perak FC
Majlis doa selamat dan solat hajat akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus pada jam 7.30 malam.
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
Kes 'Awang Besol' pertama kali berlaku di Malaysia
Perhilitan kini masih sedang mengenal pasti punca sebenar yang berlaku terhadap Awang Besol.
'Awang Besol' sudah tiada
Harimau tersebut mati di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak kira-kira jam 5.30 pagi.