awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awas! Anda mungkin diperhati secara rahsia menerusi FaceTime

Agensi
Agensi
30/01/2019
03:12 MYT
Awas! Anda mungkin diperhati secara rahsia menerusi FaceTime
Pepijat itu berfungsi pada kebanyakan iPhone dan iPad yang menggunakan iOS 12.1 serta PC Apple yang menggunakan macOS Mojave - Gambar hiasan
Akses kamera anda tanpa mengangkat panggilan FaceTime?
Itu pembongkaran terbaharu oleh syarikat gergasi Apple berhubung satu pepijat yang membenarkan pengguna mengakses kamera dan mikrofon penerima panggilan, tanpa individu itu mengangkat panggilan tersebut.
Pepijat tersebut yang dilapor oleh portal 9to5Mac pada Isnin berjaya dicuba oleh orang ramai di media sosial, antaranya seorang ibu, Michele dan anaknya Grant yang pertama melaporkan isu itu kepada Apple menerusi sebuah video di YouTube.
Here is the detailed video that Michele and her son Grant sent to Apple's Product Security team, explaining the FaceTime bug, which they uploaded on Jan. 25. We've blurred out the phone numbers shown to protect their privacy: pic.twitter.com/ZYrnogek61
— alfred (@alfredwkng) January 29, 2019
Apple dalam satu kenyataan pada Isnin menyatakan bahawa pihaknya telah mengenal pasti penyelesaian bagi isu tersebut yang akan dilaksanakan menerusi suatu kemas kini perisian hujung minggu ini.
Sementara itu, Apple turut mengesahkan bahawa Group Facetime kini tidak boleh digunakan oleh umum bagi mengelak risiko pencerobohan peribadi individu.
Pepijat itu berfungsi pada kebanyakan iPhone dan iPad yang menggunakan iOS 12.1 serta PC Apple yang menggunakan macOS Mojave yang baru-baru ini memperkenalkan ciri Group FaceTime.
Menurut video di atas, cara untuk menghidupkan ‘pencerobohan’ itu adalah dengan membuat panggilan menerusi Facetime, lalu swipe ke atas untuk menambah nombor orang lain, dan tambah nombor telefon anda sendiri.
Kemudian, individu yang memulakan panggilan itu boleh melihat serta mendengar audio dan video langsung daripada telefon individu yang dipanggil itu, walaupun individu itu tidak mengangkat panggilan tersebut.
Tambahan pula, skrin telefon penerima panggilan tidak akan menunjukkan bahawa panggilan itu disiarkan.
Buat masa ini, pengguna iPhone wajar menghentikan FaceTime menerusi Settings -> FaceTime dan kemudian toggle pilihan FaceTime tersebut.
Topic Berkaitan
#Apple
#data
#facetime
#hack
#iPad
#iPhone
#Media
#media sosial
#privacy
#technology
#teknologi
#Twitter
#video
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan