awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awas pemilik Toyota Hilux

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2018
10:44 MYT
Awas pemilik Toyota Hilux
Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Risikan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, ASP Mohd Irwan.
Polis giat memburu sekumpulan lelaki yang aktif melakukan samun dan cubaan samun di sekitar kawasan Sungai Long dan Bandar Mahkota Cheras.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, berkata kumpulan itu juga menyasarkan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux.
“Kes dikesan sejak hujung Februari lalu dan sehingga semalam terdapat satu kes samun dan empat kes cubaan samun sudah direkodkan.
"Modus operandi kumpulan ini ialah menyerang mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Hilux yang berhenti di stesen minyak dan di kawasan tepi jalan menggunakan parang dan pisau," katanya.
Polis sudah membuka lima kertas siasatan iaitu satu kertas siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan samun berkumpulan dan empat lagi kertas siasatan mengikut seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan samun.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Risikan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang, ASP Mohd Irwan di talian 0173168097.
Topic Berkaitan
#Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff
#Cheras
#Hilux
#Kajang
#polis
#samun
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan