awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah

Bernama
Bernama
14/05/2020
05:58 MYT
Awas peralatan elektrik tidak selamat undang padah
Pada tahun 2018 didapati sebanyak 58 peratus peralatan elektrik di Malaysia tidak mempunyai logo kelulusan SIRIM-ST.
Peningkatan mendadak pembelian peralatan elektrik oleh pengguna secara dalam talian sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu membimbangkan kerana tidak semua alat terbabit disahkan selamat oleh SIRIM.
Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyifatkan peralatan elektrik yang tiada logo SIRIM-ST ibarat bom jangka yang sangat berbahaya kerana boleh mengakibatkan litar pintas pada bila-bila masa.
"Barangan tersebut tidak melalui ujian ketahanan dan keselamatan mengikut piawaian keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
FOMCA mengingatkan pengguna untuk membuat semakan logo SIRIM-ST pada peralatan dan wayar penyambung terlebih dahulu sebelum membeli.
"Sebagai contoh (peningkatan pembelian), telah menjadi trend pembelian panik air fryer. Sejak PKP berkuat kuasa, setiap rumah mesti ada sebuah air fryer atau mungkin lebih.
"Malah peralatan elektrik untuk membuat kek atau kuih juga turut menjadi kelengkapan asas bagi pengguna yang mula bekerja dari rumah," menurut FOMCA.
Menurut FOMCA, pada tahun 2018 didapati sebanyak 58 peratus peralatan elektrik di Malaysia tidak mempunyai logo kelulusan SIRIM-ST.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air fryer
#dalam talian
#Fomca
#peralatan elektrik
#PKP
#PKPB
#sirim st
#tiada cop sirim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan