Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyeru rakyat Malaysia bersama dengan kerajaan membangunkan semula ekonomi negara untuk kembali menjadi Harimau Asia.
Katanya, kerajaan telah melaksana tugas dengan cemerlang dengan menarik pelabur ketika lawatan kerja di Amerika Syarikat dan London, dan kini tugas rakyat untuk melengkapkan kejayaan tersebut.
“Tunjuk kepada dunia bahawa kita sudah dipulihkan dan kita kembali memajukan (ekonomi negara) ke arah menjadi sekali lagi Harimau Asia,” katanya sejurus tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang.
Malaysia pernah dikenali sebagai ‘Harimau Asia’ kerana kekuatan ekonominya ketika pentadbiran Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri buat kali pertama.
Jesteru beliau merayu kepada rakyat Malaysia agar bersedia untuk bekerja keras dengan menghasilkan produk dan khidmat berkualiti.
“Ramai yang janji mereka akan datang melabur di Malaysia. Jadi kita merayu kepada rakyat Malaysia jangan hampakan pelabur yang akan datang.
“Kita kena bekerja keras menghasilkan barang berkualiti,” katanya lagi.
Sebelum ini, Dr Mahathir dan delegasi berada selama lima hari di New York dan empat hari di London.
Beliau mencuri tumpuan kerana kembali berucap di Pentas PBB selepas 15 tahun.
Diyana Ibrahim
Tue Oct 02 2018
Dr Mahathir Mohamad hari ini menyeru rakyat Malaysia bersama dengan kerajaan membangunkan semula ekonomi negara untuk kembali menjadi Harimau Asia. -Astro AWANI
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Mahasiswa disaran ubah mentaliti, berani cebur diri dalam bisnes - Redzuan
Mahasiswa perlu melengkapkan diri dengan kecekapan teras dan memanfaatkan peluang ketika di alam universiti.
Jentera pentadbiran negara semakin 'bersih' - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau berpuas hati setakat enam hingga tujuh bulan memimpin dan yakin Malaysia akan kembali disegani seperti sedia kala.