Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman menafikan dakwaan beliau memberi kelulusan bagi pemilikan sebidang lot tanah di daerah ini.
Menurut beliau penularan sepucuk surat yang mempunyai minit tandatangannya mendakwa kelulusan diberikan bagi pemilikan sebidang lot tanah adalah tidak benar sama sekali.
"Tuduhan mengatakan saya terlibat dalam proses kelulusan urusan lot tanah tersebut juga berniat jahat," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Ahli Parlimen Sepanggar itu berkata minit tandatangan tersebut hanya bertujuan untuk dipanjangkan dan dikaji sekiranya permohonan tersebut memenuhi syarat dan prosedur mengikut tatacara Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.
Katanya ia tidak bermakna dia memberi tekanan atau mendesak supaya satu kelulusan diberikan seperti yang disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
"Seperti Ahli Parlimen yang lain, saya banyak dikunjungi oleh orang ramai yang terdiri daripada pengundi mahupun rakyat biasa meminta minit tandatangan saya untuk tujuan sumbangan, bantuan kebajikan dan bermacam lagi perkara, malahan ada juga meminta untuk membantu kemasukan anak ke pengajian tinggi.
"Setiap permohonan semestinya perlu dikaji dan ditapis dengan teliti terlebih dahulu, sebagai seorang wakil rakyat juga menjadi tanggungjawab saya melayan setiap permohonan dan memerlukan untuk saya memberikan minit tandatangan sekiranya terdapat keperluan," katanya.
Dalam pada itu, Azis berkata beliau juga mengambil tindakan segera dengan menghubungi pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Tanah dan Ukur untuk meminta mereka segera menyiasat tindakan pencerobohan tanah tersebut yang menggunakan surat minit tandatangannya.
"Dakwaan sesetengah pihak kononnya saya terlibat dalam urusan memberikan kelulusan pemilikan lot tanah tersebut adalah tidak benar sama sekali," katanya.
Menurutnya beliau difahamkan tindakan untuk menghentikan kerja-kerja pencerobohan di lot tanah tersebut telah pun diambil.
Tanah tersebut terletak di Kampung Likas dan individu yang melakukan pencerobohan itu mendakwa telah mengemukakan permohonan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Ketua Menteri serta DBKK untuk membangunkan tanah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019
Kata Azis, minit tandatangan tersebut hanya bertujuan untuk dipanjangkan dan dikaji sekiranya permohonan tersebut memenuhi syarat dan prosedur mengikut tatacara Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. - Gambar fail
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.