awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin Ali dedah nombor telefon, mahu Selangor bebas sampah

Syafique Shuib
Syafique Shuib
05/11/2014
05:35 MYT
Azmin Ali dedah nombor telefon, mahu Selangor bebas sampah
Azmin Ali mahu Petaling Jaya menjadi daerah yang paling bersih di Selangor. -Foto fail
Warga media sosial menyambut baik apabila Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memberikan nombor telefonnya di media sosial jika penduduk tempatan melihat sampah yang belum dikutip.
“Kalau kamu nampak ada sampah belum kutip, kamu ‘text’ saya… Saya mahu Selangor bersih,” kata Azmin menerusi Twitter.
Tweet yang dimuat naik pada Selasa kini telah menerima 859 ‘Retweets’ dan 256 ‘Favourites’.
Kalau kamu nampak ada sampah belum kutip, kamu ‘text’ saya. Ini nombor saya 012-2052020. Saya mahu Selangor bersih! http://t.co/2Cc2DyrJNi
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 4, 2014
Beberapa minit setelah mesej berkenaan dimuat naik, beberapa pengguna media sosial terus mengadu tentang sampah yang belum dikutip di kawasan mereka:
@AzminAli @YouTube syabas..harap akan wujud penguatkusaan tegas di negeri ini spt pembuangan sampah ke sungai dan jalanraya..
— s.izhar (@loveMadrid_11) November 5, 2014
AzminAli yb,dah tex yb pasal sampah tak kutip lagi,,mohon tindakan segera,,
— Hidup Rakyat (@arsyamim) November 5, 2014
hai @AzminAli nah sampah. #Selangorku pic.twitter.com/tdWMlmbSb0
— nur ĕl ain (@inspektorgedat) November 5, 2014
@AzminAli jalan telok gong dipenuhi sampah sepanjang 200 meter pic.twitter.com/dMJbTeOWrZ
— Azrai Abdullah (@azrai_abdullah) November 4, 2014
@pjcitycouncil @AzminAli & Datuk Bandar Petaling Jaya, mohon turun padang. sampah di buang sesuka hati pic.twitter.com/Z8Xsr6NTY2
— Azmi Zainal Abidin (@MieBird) November 4, 2014
Ada juga yang berkata bahawa pembuangan sampah adalah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan dan tugas Azmin Ali sebagai Menteri Besar adalah untuk memberi amaran:
@TehKokLim @dapmalaysia @AzminAli No need for MB to collect rubbish, its the job of town council, Just give stern warnings to them will do.
— Morgan 1899 (@GEanalyst) November 5, 2014
Ada juga yang berkata bahawa pembuangan sampah adalah tanggungjawab semua dan tidak perlu untuk menunggu Azmin:
selain dari Azmin Ali kata kita patut text dia kalau nampak sampah kat selangor. apa kata kita je yang kutip sendiri dan buang.
— Hazimah Aziz (@gmodeaziz) November 4, 2014
Namun ada juga yang meluahkan kata-kata sinis:
Like, seriously YB?!"@AzminAli: Klau kamu nampak ada sampah belum kutip, kamu ‘text' saya. Ini no saya 012-2052020. Saya mahu Sgor bersih!"
— Mimi Y Yusof (@JambuJingga) November 4, 2014
@AzminAli Salam YB, nak bagitahu yang sampah dalam FAS belum dikutip.. Mohon YB jalankan tanggungjawab bersihkan FAS.. Kami mahukan sesuatu.
— Selangor Selatan (@SelangorSelatan) November 4, 2014
@AzminAli tolong bersihkan sampah kat dalam fas tu .
— ✊ (@IlhamRauhl) November 5, 2014
Azmin memberi masa tiga bula untuk pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan semua sampah-sarap di kawasan Selangor.
"Saya telah arahkan semua PBT termasuklah MBPJ dan MBSJ, saya beri mereka tiga bulan, sehingga Disember 2014. Saya mahu semua sampah ini dikutip dan diselesaikan.
"Saya mahu PJ menjadi daerah yang paling bersih di negeri Selangor,” kata Azmin.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Menteri Besar Selangor
#sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan