awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
Malaysia dan India iktiraf kemajuan besar dicapai Petronas, Gentari perkasa tenaga hijau
Cadangan isu rumah Ibadat harus melalui saluran tepat tanpa ganggu ketenteraman awam - Polis KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azmin Ali pengerusikan Kabinet jika PM tiada

Firdaus Azil
Firdaus Azil
11/03/2020
06:02 MYT
Azmin Ali pengerusikan Kabinet jika PM tiada
Menurut Perdana Menteri lagi, sekiranya beliau tidak ada, Kabinet akan dipengerusikan yang pertamanya oleh Azmin Ali. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Empat menteri kanan yang dilantik tidak mengikut hierarki tertentu tetapi mempunyai ruang kuasa yang sama, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, jelas Perdana Menteri, sekiranya beliau tidak ada, Kabinet akan dipengerusikan yang pertamanya oleh Menteri Kanan (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sekiranya Azmin tiada, barulah Kabinet akan dipengerusikan oleh seorang lagi Menteri Kanan (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, diikuti dua lagi Menteri Kanan iaitu Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadilah Yusof, dan Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin.
“Ketika saya tiada Azmin akan pengerusikan mesyuarat Kabinet. Jika Azmin tiada, Ismail Sabri akan pengerusikan,” katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengesahkan, 11 Ahli Parlimen yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat termasuk Azmin, sah diterima sebagai ahli dan ahli bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Presiden Bersatu berkata, keputusan itu dipersetujui Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang bermesyuarat baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Kabinet Bekerja
#Malaysia2020
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Perikatan Nasional
#PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan