Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali malam ini mengesahkan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-15 berkuat kuasa esok selepas Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang.
Katanya beliau telah menerima surat pelantikan itu setelah diperkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dipersetujui sebulat suara oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta rakan-rakan lain di dalam parti.
"Saya bersyukur kepada Allah kerana petang tadi sekitar pukul 3 petang, saya telah menerima sepucuk surat pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang memaklumkan bahawa Tuanku Sultan Selangor telah memperkenankan pelantikan saya sebagai Menteri Besar Selangor mulai 23 Sept 2014.
"Dan dalam surat yang sama, saya telah dititahkan untuk menghadiri majlis mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor pagi esok pukul 10 pagi di Istana Alam Shah, Klang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Biro Politik Tergempar di Ibu Pejabat PKR di sini.
Krisis perebutan jawatan Menteri Besar Selangor memuncak apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lepas dan didakwa dengan pelbagai salah laku.
Selain Azmin, dua nama lain yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Selangor ialah Exco Selangor iaitu Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Azmin berkata sejurus selepas menerima surat tersebut, beliau terus memaklumkan perkara itu kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mesyuarat tergempar tersebut diadakan pada 5 petang.
Katanya, mesyuarat tergempar kemudian disusuli dengan pertemuan bersama kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada PKR pada 5.30 petang.
"Pertemuan dengan majlis pimpinan pusat diadakan pada 6.30 petang di sini. Saya berterima kasih kepada presiden parti dan kesemua rakan-rakan yang telah sebulat suara calonkan saya sebagai calon Menteri Besar Selangor," kata Azmin yang merupakan ADUN Bukit Antarabangsa.
Ditanya mengenai sebarang kenyataan daripada pihak Istana berhubung penolakan terhadap pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin berkata tiada sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan memberitahu Dr Wan Azizah sendiri akan mengeluarkan kenyataan mengenainya.
Bernama
Mon Sep 22 2014
Mohamed Azmin Ali mengesahkan pelantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berkuat kuasa esok. -Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.