GOPENG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan program subsidi minyak masak bersasar secara berperingkat mulai tahun hadapan.
Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh, berkata selain golongan B40 dan M40, penjaja kecil seperti penjual pisang goreng, karipap, keropok lekor dan ayam gunting juga termasuk dalam senarai penerima.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengemas kini pangkalan data senarai penerima subsidi bersasar tersebut yang dijangka siap hujung tahun ini.
"Kita sudah berada di landasan yang betul. Kita sudah kenal pasti kumpulan sasar (penerima subsidi minyak masak bersasar), kita sudah kumpulkan pangkalan data.
"Data ini akan diintegrasi dan diekstrak (penerima subsidi minyak masak bersasar)," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Jualan Rahmah Bergerak dan Aduan Suri peringkat negeri Perak di Dewan Bandaran Gopeng, pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah pasukan khas akan menyiasat aduan kekurangan minyak masak bersubsidi di pasaran seluruh negara ketika ini.
Menurutnya, setiap bulan sejumlah 60,000 tan metrik minyak masak bersubsidi disediakan kerajaan untuk golongan sasar.
Katanya, sepatutnya jumlah itu lebih daripada keperluan kumpulan sasar kerana berdasarkan kajian, setiap isi rumah memerlukan 4.8 kilogram minyak masak sebulan.
Sementara itu, Fuziah berkata, KPDN tidak akan berkompromi terhadap kes berulang pembelian bersyarat barangan kawalan, khususnya gula dan minyak masak peket bersubsidi.
Katanya denda sehingga RM5 juta atau penjara atau kedua-duanya boleh dikenakan, jika sabit kesalahan, di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Fuziah berkata, pihaknya menerima laporan daripada peruncit dan pemborong tetapi mereka enggan tampil sebagai saksi kerana bimbang perniagaan terjejas.
"Saya menyarankan semua yang menjadi mangsa, sama ada peringkat peruncit, peringkat pemborong, harus ke depan kerana kita tidak ada toleransi kalau sekiranya ia datang dari peringkat lebih tinggi dan akhirnya peruncit yang kena tangkap sebab aduan oleh pengguna," katanya.
Menurutnya, setakat ini KPDN menerima 71 aduan seluruh negara mengenai pembelian bersyarat ke atas barangan kawalan.
Daripada jumlah itu, 17 kes telah diambil tindakan manakala enam lagi masih di dalam siasatan.
Beliau menasihatkan pengguna agar memanfaatkan saluran aduan yang disediakan pihak kementerian dalam usaha membanteras salah laku peniaga yang menyalahi undang-undang.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Sep 03 2023
Fuziah berkata, pihaknya sedang mengemas kini pangkalan data senarai penerima subsidi bersasar yang dijangka siap hujung tahun ini. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Subsidi Minyak Masak: KPDN sasar 5.8 juta isi rumah B40, M40 dan peniaga mikro
Sistem pindahan tunai juga dilihat antara mekanisme terbaik bagi memastikan subsidi sampai kepada golongan yang tepat.
B40, M40, peniaga pisang goreng antara penerima subsidi minyak masak bermula tahun depan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan program subsidi minyak masak bersasar secara berperingkat mulai tahun hadapan.
Sistem harga dua peringkat, kupon pembelian minyak peket dibincang minggu depan - Salahuddin
Kedua-dua cadangan tersebut merupakan hasil sesi libat urus yang diadakan hari ini bersama pemain industri dan wakil Persatuan Pengilang Minyak Masak.
Subsidi minyak masak botol, doktor media sosial antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan sama ada kerajaan bercadang meneruskan subsidi minyak masak tulen botol sehingga hujung tahun ini diajukan Ahmad Jazlan.
Penetapan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam, telur dibuat dengan teliti
Keputusan Jemaah Menteri menetapkan harga siling dan subsidi pukal bagi ayam dan telur dibuat dengan teliti demi kebaikan dan kesejahteraan semua peringkat rakyat dalam menghadapi masa sukar.
LHDN kesan syarikat dapat subsidi minyak masak lari cukai
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan terdapat elemen pelarian cukai dalam kalangan syarikat yang mendapat subsidi minyak masak, melibatkan jumlah cukai dianggarkan RM200 juta.
Subsidi minyak masak kurangkan impak negatif turun naik harga minyak sawit - Khairuddin
Peningkatan harga minyak masak dalam pasaran tempatan masih pada kadar rendah walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat.