GEORGE TOWN: Golongan B40 mampu menarik nafas lega selepas pengumuman Suruhanjaya Tenaga (ST) berhubung pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.
Malah mereka menyifatkan ia menunjukkan kerajaan prihatin dan mengambil kira kos sara hidup rakyat ketika ini yang semakin meningkat terutama golongan B40, namun pada masa sama akan terus mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan elektrik.
Seorang pekerja kilang Roz Azizi Mohamad Ismail,38, berkata dia sekeluarga seboleh-bolehnya berjimat dalam penggunaan elektrik di rumah dan memilih perkakasan elektrik jimat tenaga.
Ros Azizi dari Bertam dan memiliki tiga anak lelaki berusia empat hingga 11 tahun berkata perkakas elektrik di rumahnya sekadar asas sahaja, malah selesa hanya menggunakan kipas angin.
"Beli barangan elektrik jimat tenaga mahal sedikit tetapi sebenarnya berbaloi kerana saya dapat berjimat terhadap bil elektrik, contohnya sebelum ini saya guna mesin basuh tidak jimat tenaga dan setiap bulan bil elektrik boleh mencecah hingga lebih RM50.
"Sejak ia rosak dan saya tukar kepada mesin basuh jimat tenaga, purata bil elektrik saya setiap bulan sekitar RM40 sahaja. Selain itu saya juga selalu pesan kepada isteri supaya cabut semua palam perkakas elektrik selepas guna kerana ia juga antara cara berjimat," katanya kepada Bernama.
Sebelum ini, ST dalam kenyataan memaklumkan tarif elektrik mulai tahun hadapan akan diselaraskan setiap enam bulan berdasarkan turun naik harga global bahan api itu, mengikut mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT).
Seperti diumumkan, pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala, justeru setiap pengguna wajar memantau penggunaan mereka untuk kekal menikmati caj yang rendah.
Seorang suri rumah, Nornadila Jamaludin, 35, berkata dia akan memastikan semua suis peralatan elektrik akan dimatikan dan palam perkakas elektrik dicabut daripada sumber elektrik jika tidak digunakan kerana ia bukan sahaja dapat berjimat malah lebih selamat.
Mereka sekeluarga, katanya juga akan memastikan semua lampu bilik atau ruang di rumah dimatikan sekiranya tiada sesiapa di situ bagi mengelak pembaziran elektrik.
"Hanya suami yang bekerja sebagai kerani di syarikat swasta, jadi mahu atau tidak mahu kami perlu berjimat dan caranya ialah dalam penggunaan elektrik.
Nornadila yang memiliki empat anak berterima kasih kepada kerajaan terutama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa cakna terhadap golongan B40 sebelum membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkaitan pentadbiran kerajaan.
Seorang peniaga nasi lemak di Sungai Dua, Siti Suhana Abdul Halim berkata walaupun dia berniaga lima hari seminggu, bil elektriknya masih sekitar RM70 hingga RM100 sebulan bergantung kepada penggunaan elektrik ketika memasak.
Menurut Siti Suhana dia sememangnya menggunakan perkakas elektrik untuk memasak menu jualannya terutama nasi lemak, sambal dan telur rebus kerana lebih mudah serta cepat.
"Selalunya saya akan masak sambal dalam kuantiti yang banyak iaitu boleh menampung untuk kegunaan dua hari dengan menggunakan periuk elektrik dan sebenarnya ia lebih jimat berbanding guna gas memasak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 25 2023
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos menunaikan haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
1,586 pelajar pintar ikuti pengajian di Pusat PERMATA@Pintar Negara UKM sejak 2011
70 peratus daripada 1,586 pelajar yang berjaya mengikuti pengajian di Pusat PERMATA@Pintar Negara adalah daripada golongan B40 dan M40.
Parlimen: Individu tidak kemas kini Padu mungkin gagal dapat bantuan kerajaan
Individu yang tidak mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) kemungkinan akan tertinggal daripada menerima bantuan dan subsidi kerajaan.
SST menyebabkan perbelanjaan rakyat Sabah lebih tinggi - CAPS
Kenaikan cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus telah menyebabkan perbelanjaan harian rakyat Sabah lebih tinggi.
Tiada peruntukan, ada Ahli Parlimen PN jatuh ke golongan B40 - Abdul Latiff
Selepas beberapa hari mendapat elaun, ada yang terus menjadi golongan B40 kerana wang tersebut terpaksa dikongsikan kepada rakyat terutamanya di awal musim persekolahan seperti sekarang.
Johor rancang manfaatkan tanah terbiar untuk pertanian
Kerajaan Johor merancang untuk memanfaatkan tanah terbiar milik kerajaan ataupun persendirian di negeri itu agar ia dapat digunakan untuk tujuan pertanian, sekali gus dapat menambah hasil pertanian.
'Tiada beza pun saya dengan orang lain' - Che Ta nafi hina golongan B40
Che Ta berkata kenyataan tidak benar itu boleh mengundang kecaman orang ramai terhadap selebriti.
Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.
Johor peruntuk RM63.5 juta baik pulih PPR, RSK
Johor memperuntukkan sebanyak RM63.5 juta untuk kerja-kerja membaik pulih PPR dan Rumah Sewa Kerajaan di seluruh negeri.