Kebenaran itu pahit, tetapi itulah yang terpaksa ditelan.
Demikian kata penulis Syahril A Kadir mengenai buku terbaharunya, Amok at Chow Kit yang diterjemah dari buku Konfesi Prebet Adam ke dalam bahasa Inggeris.
Buku ini mengupas kisah benar Prebet Adam Jaafar yang bertindak untuk menembak secara rambang di sekitar Chow Kit, 30 tahun lalu.
Bekas wartawan Utusan Malaysia itu telah menemubual Adam sendiri, peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Leftenan Jeneral (R) Datuk Abdul Ghani Abdullah, pegawai tentera yang berjaya memujuk Adam untuk menyerahkan diri pada ketika itu.
"Setelah 30 tahun, kita berjaya menceritakan kebenaran di sebalik segala yang berlaku. Saya bersyukur ramai yang berminat nak tahu apa yang berlaku.
"Inilah masanya untuk kita ikuti luahan hati sebenar dari mangsa, dalam keadaan ini, Prebet Adam sendiri.
"Kita ceritakan segalanya, daripada dia kecil sampai besar secara menyeluruh, meliputi perundangan dan juga pengakuan bersumpah yang dibuat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang baru-baru ini," kata Syahril.
Menurut Syahril, sejak tragedi yang berlaku pada Oktober 1987 itu, Adam telah difitnah kononnya mahu membalas dendam atas kematian adiknya yang dikatakan dibunuh Almarhum Sultan Iskandar.
Namun, perkara itu tidak benar, malah Adam mengamuk kerana menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual yang di luar batas kemanusiaan ketika bertugas di kem tentera.
"Pengajarannya, mungkin ada ramai lagi di luar sana yang menjadi mangsa ketidakadilan dan menjadi kambing hitam.
"Kebenaran akan akhirnya terserlah, dalam hal ini akhirnya Adam mendapat kebenaran itu.
"Tetapi itulah, dia perlu melalui satu perjalanan yang sungguh panjang dan sangat memeritkan bagi seorang manusia yang normal," katanya.
Jelas Syahril, sebelum buku dicetak manuskrip itu sudah diserahkan kepada Adam terdahulu.
"Apa yang dicetak semua sudah dalam pengetahuan Adam. Apabila dia berpuas hati, kita baru mulakan cetakan.
"Mengenai Adam, dia kini gelandangan, dan saya harapkan dia yang hubungi saya. Saya percaya dia di luar sana mengetahui apa yang berlaku," kata Syahril," katanya.
Sementara itu, katanya buku Konfesi Prebet Adam telah menerima sambutan memberangsangkan.
"Kalau kita tengok ketika pesta buku antarabangsa baru-baru ini, buku tersebut adalah antara yang terlaris dan mendapat nombor satu di dalam ranking.
“Disebabkan permintaan yang tinggi, kami hasilkan buku dalam versi Inggeris 'Amok At Chow Kit'," katanya.
Setakat ini, kira-kira 10,000 buku Konfesi Prebet Adam sudah dijual sejak dilancarkan 4 bulan lalu.
Dania Zainuddin
Tue Aug 22 2017

Penulis buku, Syahril (kiri) dalam upacara pelancaran buku 'Amok at Chow Kit' yang turut dihadiri Muhammad Shafee Abdullah (kanan) dan Abdul Ghani.

Penyakit cacar monyet meningkat di Eropah
Sepanyol mengesan 23 kes yang berpotensi sementara Portugal mengesahkan lima kes daripada 20 kes yang disyaki.

Kesan Bencana | PM umum bantuan RM200 kepada pesawah
Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan besar golongan pesawah terhadap negara yang turut terjejas pendapatan setiap kali berlakunya bencana alam. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bantuan kepada pesawah berjumlah RM200 sebulan bagi tempoh enam bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.

AWANI Ringkas: Henti budaya orang tengah | Tiada lagi sekatan besar-besaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ustaz Kazim Elias mohon bantuan ubati penyakit 'misteri'
Beliau memerlukan bantuan sesiapa sahaja termasuk doktor atau perubatan alternatif untuk merawat penyakit dialaminya itu.

AWANI Ringkas: Bantuan kepada pesawah | Komander NTF baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan
Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 200 meter dari Pusat Operasi Sukarelawan Perikanan, Pengkalan Pasir Pekan.

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Prebet Adam meninggal dunia
Adam menghembus nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Baca 'Amok at Chow Kit' untuk ketahui kisah benar Prebet Adam
Pengajarannya, mungkin ada ramai lagi di luar sana yang menjadi mangsa ketidakadilan dan menjadi kambing hitam.