awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Silat wadah bentuk jati diri belia - Mohammed Taufiq
Ringgit dibuka tinggi susulan penurunan dolar selepas pengumuman minit mesyuarat FOMC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badut muncul jadi hero seru patuh SOP di bazar Ramadan

Bernama
Bernama
18/04/2021
14:33 MYT
Badut muncul jadi hero seru patuh SOP di bazar Ramadan
Misi utama mereka ialah memastikan semua pengunjung mematuhi SOP agar tidak wujud kluster baharu. - Gambar/ Bernama
IPOH: Kehadiran empat badut di Bazar Ramadan Taman Jati di sini, bukan sekadar untuk menghiburkan pengunjung yang datang membeli juadah tetapi juga bertujuan mengingatkan mereka agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19, termasuk penjarakan fizikal.
Inisiatif itu diambil oleh Muslim Clown Malaysia (MCM) Perak berikutan penutupan beberapa bazar Ramadan ekoran kegagalan mematuhi SOP.
"Kami tidak mahu perkara itu terjadi di sini," kata wakil mereka Nazirah Abd Rahman kepada pemberita hari ini.
Menurutnya misi utama mereka ialah memastikan semua pengunjung mematuhi SOP agar tidak wujud kluster baharu.
Nazirah yang dikenali sebagai Mama Pinky berkata kempen tersebut akan diteruskan ke bazar-bazar lain di negeri ini.
Ditanya mengenai aktiviti MCM Perak sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, Nazirah, 43, berkata mereka masih menerima jemputan untuk melakukan persembahan dalam kelompok kecil dan majlis tertutup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Badut
#Bazar Ramadan
#patuh SOP
#menghiburkan
#pengunjung
#peniaga
#penjarakan fizikal
#SOP bazar Ramadan
#ditutup
#ramadan2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan