awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bahrain bakal buka kedutaan, perkukuh diplomatik KL-Manama

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/05/2017
06:31 MYT
Bahrain bakal buka kedutaan, perkukuh diplomatik KL-Manama
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) dan Menteri Luar Bahrain, Shaikh Khalid Ahmed mengadakan sidang media bersama di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Astro AWANI / Harits Asyraf Hasnan
Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa mengarahkan Kementerian Luarnya membuka kedutaan di Malaysia dalam tempoh terdekat.
Menteri Luarnya, Shaikh Khalid Ahmed berkata ia dilihat akan mengukuhkan hubungan diplomatik kedua-dua negara itu.
"Kami amat gembira untuk membuka kedutaan untuk memantau hubungan diplomatik, hal-hal berkaitan kaunselor untuk pelajar, termasuk peningkatan jumlah pelancong yang datang ke negara yang indah ini.
"Sudah pasti kita akan memantau hubungan perdagangan, pendidikan dan budaya kedua-dua negara. Kita akan melihat perkara ini dengan sangat luas," katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini.
Malah, Malaysia dan Bahrain turut berbincang untuk melaksanakan perjalanan tanpa visa yang dilihat bakal merancakkan lagi sektor pelancongan kedua-dua negara.
"Rakyat Bahrain amat gembira apabila melawat ke negara ini yang mempunyai suasana hampir sama seperti Bahrain.
"Malah Malaysia yang merupakan negara Islam, turut menjadi rumah kepada semua termasuk Buddha, Hindu, Kristian dan siapa sahaja.
"Ini yang ada di Bahrain dan di Malaysia. Kami amat berbangga menjadi sahabat, ibarat adik-beradik serta sekutu terutama pada waktu yang amat penting ini," jelasnya.
Bagaimanapun, perkara tersebut akan diperhalusi sebelum sebarang keputusan muktamad akan dibuat oleh kedua-dua negara dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Bahrain
#Hishammuddin Hussein
#hubungan diplomatik
#kedutaan
#Menteri Pertahanan
#Shaikh Khalid Ahmed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan