GADGETS
Baidu Ernie AI kini ditawarkan secara sumber terbuka

Baidu kini menawarkan model AI Ernie secara sumber terbuka, berbeza daripada sebelum ini yang memerlukan langganan bulanan untuk akses Ernie Bot. -Amanz
BAIDU hari ini mula menawarkan model kecerdasan buatan Ernie AI mereka secara sumber terbuka.
Ringkasan AI
- Baidu kini menawarkan model AI Ernie secara sumber terbuka, berbeza daripada sebelum ini yang memerlukan langganan bulanan untuk akses Ernie Bot.
- Langkah ini bertujuan menggalakkan penggunaan lebih meluas di China dengan mengurangkan kos akses API, terutama ketika Baidu bersaing dengan Bytedance dan DeepSeek yang memiliki pengguna lebih ramai.
- Dalam ekosistem AI yang semakin mahal dan kompetitif, persoalan timbul sama ada kejayaan ditentukan oleh kualiti teknologi atau kekuatan aliran tunai syarikat seperti yang pernah berlaku kepada Amazon.
Pengumuman menawarkan Ernie secara sumber terbuka dilakukan pada ketika Baidu mempunyai pegangan pasaran yang lebih kecil berbanding Bytedance dan DeepSeek.
Sebagai contoh Ernie Bot mempunyai 23 juta pengguna berbanding Doubao oleh Bytedance yang mempunyai 87 juta pengguna.
Ekosistem Ai kini semakin dipenuhi model-model baharu yang memerlukan langganan yang mahal.
Pada waktu yang sama walaupun pada harga langganan tahap T20 ini sekali pun syarikat seperti OpenAI dan xAI masih belum mampu mencatatkan sebarang keuntungan.
Model memegang pasaran besar hari ini dan menanti untuk mengaut keuntungan masa depan seperti Amazon suatu ketika dahulu menjadi pilihan majoriti syarikat AI dunia.
Ini menimbulkan persoalan adakah yang menang adalah yang terbaik atau sekadar mempunyai aliran tunai yang lebih baik. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami