Dalam usaha meningkatkan sumber bekalan makanan negara, kerajaan memperuntukkan RM5.3 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menggerakkan aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha berkenaan akan dikelola menerusi empat program utama meliputi penanaman, menaik taraf infrastruktur, pembukaan pasar tani baharu dan program agroprenur muda.
"RM450 juta diperuntukkan untuk program berimpak tinggi seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, menyedia geran pemadanan, penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar," kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.
Sejumlah RM180 juta pula diperuntukkan untuk menaik taraf infrastuktur saliran di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di seluruh negara.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), yang bertanggungjawab dalam pemasaran produk pertanian, menerima peruntukan RM190 juta bagi menjayakan Program Penurunan Harga dengan menambah 50 lagi pasar tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) yang baharu.
"40 peratus daripada jualan di ABR1M adalah barang-barang basah seperti ikan, sayur dan sebagainya akan dijual dengan harga yang dianggarkan lima hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran," kata Najib.
Beliau berkata untuk menggalak penglibatan golongan muda dalam industri itu,RM90 juta diperuntukkan untuk meneruskan pelaksanaan Program Pembangunan Agroprenur Muda.
Dua bentuk bantuan yang akan diberi adalah pemberian geran 'in-kind' dan penyediaan Dana Pembiayaan Usahawan.
Selari di bawah usaha ini, beberapa institut dan jabatan kerajaan berkaitan pertanian akan turut melalui proses penjenamaan semula.
KLIK DI SINI UNTUK LAPORAN PENUH BAJET 2016
Antara yang bakal terlibat adalah Institut Penyeldikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan.
Turut menerima manfaat adalah Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung.
Bernama
Fri Oct 23 2015
Dalam usaha meningkatkan sumber bekalan makanan negara, kerajaan memperuntukkan RM5.3 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menggerakkan aktiviti ekonomi. - Gambar Fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP
Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke kadar asal iaitu 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.
Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis
Pembayar cukai di negara ini dinasihatkan supaya segera memanfaatkan 'Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai' sebelum tempoh permohonan program berkenaan tamat pada 15 Dis.
Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib
Kerajaan negeri digalak menyediakan tanah dengan nilai premium yang rendah dalam usaha membantu merealiasikan impian golongan muda memiliki rumah pada harga mampu milik.
Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib
Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu
Di sebalik saham sektor perbankan sekitar Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menyaksikan kejatuhan, saham perbankan tempatan dijangka kekal berdaya tahan.
CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, CUEPACS hari ini melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri.
Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Berikut adalah teks penuh ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pengubahsuaian Bajet 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antaranya menyentuh tentang program biasiswa, program khas kejuruteraan dan program lepasan Bursary.
11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016, di PICC, Putrajaya hari ini.
CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam
CUEPACS menafikan akan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.