Antara aspek yang bakal menjadi tumpuan dalam Bajet 2016 adalah pelaksanaan kembali Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Program yang mula diwujudkan pada tahun 2004 itu merupakan antara inisiatif kerajaan untuk menanam sifat jati diri dan cintakan tanah air di kalangan remaja, selain memupuk semangat perpaduan dan membentuk sahsiah diri yang lebih teguh di kalangan belia.

BACA: [UNDIAN] Dapatkah PLKN memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional?

Berdasarkan undian yang dijalankan Astro AWANI selama seminggu, 81 peratus koresponden bersetuju PLKN adalah satu bentuk program yang mampu membentuk ikatan antara kaum yang lebih teguh, khususnya di peringkat akar umbi.

Namun menerusi tinjauan di Facebook, ramai juga yang menyifatkan PLKN hanya mampu memberi jawapan sementara berhubung isu perpaduan kaum. Ia sebaliknya perlu dikaji semula dengan lebih terperinci agar objektif dan matlamat asalnya tidak tersasar.

PLKN BAJET 1

Ada yang berpendapat pembinaan rohani dan sahsiah tidak dititik beratkan dalam PLKN, sekaligus menjadikan perkara itu sebagai satu kekurangan yang amat ketara dalam silibus PLKN.

Sebilangan kecil beranggapan usia remaja sebenarnya sudah agak terlewat untuk dididik dengan semangat berintegrasi antara kaum.

BAJET PLKN 2

Terdapat juga cadangan agar peruntukan untuk PLKN disalurkan kepada pembinaan pusat-pusat kemahiran, selain memperkemaskan program Askar Wataniah, yang disifatkan lebih berkesan dalam menghasilkan golongan belia yang berpegetahuan dan berkeperibadian tinggi.

BAJET PLKN 3


BAJET PLKN 4

PLKN ditangguhkan pada tahun 2015 bagi membolehkan ia dikaji dan ditambah baik.

TONTON: Bajet 2016 utamakan kesejahteraan rakyat
#Bajet2016 Apa belia inginkan dalam #Bajet2016

Ikuti liputan khas Bajet 2016 mulai jam 3 petang Jumaat, 23 Oktober di Astro Awani saluran 501. Dapatkan semua berita dan video #Bajet2016 di sini.