Baju Melayu ungu menjadi hadiah dan kenangan terakhir seorang bapa sebelum ketiga-tiga anak lelakinya dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong, di sini.
Menurut Mohd Ismail, sebelum raya, Umar Iskandar, 21 tahun, ada meminta dibelikan sepasang Baju Melayu untuk dipakai di hari raya.
Pada 1 Syawal lalu, anaknya itu juga ada meminta merakam gambar berpelukan mereka berempat di pagi raya.
Namun, pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu tidak menyangka ia menjadi kenangan terakhir bersama anak-anaknya itu.
"Hari raya pertama, dia minta gambar berpelukan tiga orang sekali, dengan saya. Jadi, ketika itu, kami empat orang berpegangan belaka.
"Kemudian, saya masih ingat dia ada memandang saya ketika saya sedang bercakap dengan sepupunya. Apabila saya turun ke sungai ini, pandangan itulah yang saya nampak. Pandangan itu ada kelainan daripada biasa," katanya.
Beliau ditemui di lokasi operasi pencarian tiga beradik itu yang dimulakan malam tadi.
Operasi melibatkan pencarian di permukaan air menggunakan bot, disertai 15 anggota polis, 18 anggota bomba dan lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam.
Menurut Mohd, dia hanya menyedari insiden yang menimpa anak-anaknya itu kira-kira pukul 7 malam tadi selepas penduduk kampung memintanya pergi ke sungai melihat barangan milik anaknya itu.
BACA: Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu
Katanya, sebelum itu, kesemua mangsa ada memaklumkan kepada adik bongsu mereka hendak pergi ke sungai bagi membasuh kaki.
"Dalam pukul 7, orang cari saya di masjid, suruh saya pergi sungai. Saya tak sangka mereka mandi sungai, sebab saya memang larang keras anak-anak saya mandi di sungai.
"Saya tengok selipar (di sungai), sahlah ia milik anak saya tiga beradik itu," tambahnya.
Pada Rabu, tiga beradik itu dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Terengganu, yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka, kira-kira jam 6 petang.
Selain Umar Iskandar, dua mangsa lagi ialah Khairil Firdaus, 17 tahun, dan Khalif Naim, 16 tahun.
Nur Fazlizai Ali
Wed May 27 2020
Tiga beradik yang dikhuatiri lemas, Umar Iskandar (kanan), Khairil Firdaus (dua, kiri) dan Khalif Naim (kiri) bersama bapa mereka Mohd Ismail, yang dirakam pada Aidilfitri baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Baju Melayu ungu jadi kenangan terakhir
Menurut Mohd Ismail, sebelum raya, Umar Iskandar, 21 tahun, ada meminta dibelikan sepasang Baju Melayu untuk dipakai di hari raya.