KUALA LUMPUR: Perumahan khusus bagi warga emas perlu dibangunkan di Kuala Lumpur memandangkan bandar raya ini dijangka menjadi bandar menua menjelang 2040, demikian menurut Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040).
PSKL2040 menjangkakan jumlah penduduk warga emas adalah lebih tinggi iaitu 17.3 peratus pada 2040 berbanding 9.2 peratus pada 2025.
Menurut PSKL2040, pembinaan rumah khusus bagi warga emas yang digalakkan termasuk rumah persaraan bagi kehidupan berdikari, rumah persaraan lengkap dengan bantuan perubatan serta rumah penjagaan warga emas.
"Ini membolehkan warga emas hidup berdikari dengan penyediaan kemudahan khusus untuk membantu mereka hidup sendiri. Bagaimanapun, kesesuaian rumah persaraan dengan bantuan perubatan di kawasan kediaman perlu dikaji dengan terperinci," menurut dokumen itu.
Pembangunan rumah khusus bagi warga emas digalakkan untuk dijual, dipajak atau disewa kepada golongan ini dan pembangunannya boleh sama ada di dalam zon kediaman atau perdagangan dengan mengambil kira kesesuaian semasa.
Kawasan perumahan yang mempunyai komuniti persaraan yang ramai juga digalakkan untuk menyediakan ruang sosial dan kemudahan awam yang bersesuaian.
Selain itu, rumah persaraan perlu dilengkapi dengan kemudahan yang mengambil kira prinsip asas reka bentuk sejagat seperti kelengkapan mesra warga emas termasuk alat amaran kecemasan dan keselamatan bagi membolehkan warga emas hidup dengan selesa berdasarkan kemampuan fizikal tanpa bantuan.
Bagi rumah penjagaan warga emas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu menyediakan garis panduan terperinci bagi perancangan dan reka bentuknya dan ia perlu selari dengan garis panduan daripada agensi berkaitan bagi memartabatkan kesejahteraan warga emas.
"Kerjasama daripada institusi pengajian tinggi, badan profesional dan organisasi bukan kerajaan turut digalakkan membantu membangunkan keperluan ini," menurut dokumen itu.
PSKL2040 turut memaklumkan Kuala Lumpur dijangka mengalami perubahan profil penduduk pada masa hadapan dengan bandar raya akan mempunyai saiz isi rumah yang kecil daripada 3.2 pada 2025 kepada 3.0 pada 2040.
Sehubungan itu, perancangan dan pengurusan penyediaan perumahan pada masa akan datang perlu mengambil kira perubahan profil penduduk dan isi rumah yang dijangka berlaku di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, PSKL2040 memaklumkan penyediaan perumahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) sangat penting dan usaha kerjasama daripada pelbagai agensi perlu diberi perhatian bagi memastikan golongan ini tidak diabaikan.
"Bilangan kumulatif OKU yang berdaftar di Kuala Lumpur pada 2020 meningkat sebanyak 12.2 peratus iaitu 38,590 orang daripada 34,299 orang pada 2019.
Menurut PSKL2040, di bawah Dasar Sosial Negara (DSN), kerajaan juga memastikan keperluan individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi. Ini termasuk menyediakan perumahan yang khusus bagi golongan OKU.
Antara inisiatif yang perlu dilakukan ialah menyediakan kemudahan kepada golongan OKU bagi menyewa rumah kos rendah atau rumah pangsa DBKL serta kemudahan yang sesuai dan mudah diakses seperti ramp dan tempat letak kenderaan.
Inisiatif lain antaranya termasuklah memperuntukkan dua peratus kuota bagi golongan OKU di setiap kawasan kediaman yang bersesuaian selain reka bentuk ruang rumah yang memenuhi piawaian, peraturan dan garis panduan untuk reka bentuk bebas halangan dan reka bentuk sejagat.
Diwartakan pada 19 Okt 2023, PSKL2040 kini menggantikan PSKL2020 sebagai dokumen perancangan masa hadapan Kuala Lumpur dalam memacu pembangunan strategik ibu negara Malaysia secara indikatif hingga 2040.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
DBKL perlu menyediakan garis panduan terperinci bagi perancangan dan reka bentuknya. - Foto fail
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Bandar menua 2040: Kuala Lumpur perlu bina rumah khusus warga emas
Perumahan khusus bagi warga emas perlu dibangunkan di Kuala Lumpur memandangkan bandar raya ini dijangka menjadi bandar menua menjelang 2040.