Satu lagi bangkai gajah Pygmy Borneo ditemui terapung di Sungai Kinabatangan berkemungkinan besar mati akibat dibunuh.
Penemuan itu juga menjadikan jumlah gajah yang mati di Sabah sebanyak 21 ekor untuk tahun ini.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Cristina Liew, berkata penemuan bangkai terbaru itu meningkatkan rekod kematian haiwan terlindung berkenaan.
Menurutnya, kejadian terbaru itu menyebabkan beliau sendiri hilang kata-kata untuk diungkapkan lagi kerana ia sesuatu yang sangat mendukacitakan.
"Berdasarkan apa yang dilaporkan, besar kemungkinan gajah itu mati dibunuh.
"Tetapi belum dapat dipastikan sama ada gading gajah itu diambil atau tidak kerana kepala mamalia itu tidak ditemui," katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu malam.
Mengulas lanjut, Cristina berkata satu kepupusan membabitkan haiwan mamalia besar di Sabah mungkin boleh berlaku.
"Namun, kita tidak akan membiarkan perkara itu berlaku dan tidak sekali-kali membiarkannya terjadi.
"Kita harus bekerjasama dengan semua pihak agar nasib gajah Pygmy Borneo tidak sama dengan nasib badak sumbu sumatra," katanya.
Terdahulu, pada Isnin lalu bangkai seekor gajah ditemui terapung di Sungai Kinabatangan.
BACA: Seekor lagi gajah Pygmy ditemui mati dengan kesan tembakan
BACA: Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru ditemui dalam badan
Radhi Muslim
Wed Nov 06 2019
Bangkai gajah pygmy yang sudah reput ditemui di Sungai Kinabatangan. - Jabatan Hidupan Liar Sabah
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Bangkai gajah di ladang kelapa sawit
Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut berkata, bangkai gajah itu ditemui oleh pekerja ladang di kawasan berkenaan.
Racun punca dua gajah Borneo mati
Bagaimanapun jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan.
Lagi gajah mati ditemui di Bakapit, Lahad Datu
Pegawai Hidupan Liar Sabah di Lahad Datu Sylvester Saimin berkata bangkai haiwan itu ditemui pada 6.30 pagi Isnin oleh pekerja ladang.
Bangkai gajah Pygmy tanpa kepala ditemui di Sungai Kinabatangan
Penemuan itu juga menjadikan jumlah gajah yang mati di Sabah sebanyak 21 ekor untuk tahun ini.
Menyedihkan... Bangkai ketiga gajah pygmy ditemukan di Kinabatangan
Sepasukan daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah dikerahkan untuk mendapatkan (bangkai) gajah tersebut agar bedah siasat dapat dijalankan.
Gading disyaki milik bangkai gajah pygmy ditemui
Polis menemui gading yang disyaki milik bangkai gajah pygmy Borneo yang ditemui mati di sebuah ladang di Beluran, berdekatan lokasi kejadian pada Rabu.
Hujan lebat halang usaha kutip bangkai gajah
Ranger rimba terus menghadapi kesulitan untuk menghampiri sebahagian daripada bangkai itu ekoran cuaca buruk dan lerengan bukit yang sukar.