awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian

Bernama
Bernama
09/02/2022
21:30 MYT
Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian
Polis turut merampas 42 komputer serta 256 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan sindiket berkenaan di banglo itu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis membongkar sindiket judi dalam talian dan penipuan yang menjadikan banglo sebagai pusat operasi kegiatan itu dalam serbuan di Jalan U-Thant semalam.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman SAC Mohamad Noor Yusof Ali berkata serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.
"Banglo ini dijadikan seperti asrama dengan makanan, minuman serta tukang masak turut disediakan dan kesemua operator ini tidak keluar dari premis ini," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.
Beliau berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi di premis yang disewa pada kadar RM20,000 sebulan tersebut sejak tiga bulan lepas dan polis turut merampas 42 komputer serta 256 telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.
Polis berkata, sindiket itu dipercayai telah beroperasi di premis yang disewa pada kadar RM20,000 sebulan tersebut sejak tiga bulan lepas. Foto Astro AWANI
Polis berkata, sindiket itu dipercayai telah beroperasi di premis yang disewa pada kadar RM20,000 sebulan tersebut sejak tiga bulan lepas. Foto Astro AWANI
Menurut Mohamad Noor, siasatan awal mendapati mereka turut menyasarkan mangsa warga tempatan dan luar negara untuk membuat pertaruhan serta penipuan berbentuk pelaburan.
"Kita akan kenal pasti pemilik banglo ini dan akan dipanggil untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket judi dalam talian
#pelaburan
#banglo
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan