KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa sebuah banglo di Tanjung Bungah, Pulau Pinang milik Puan Sri Goh Gaik Ewe, ibu kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, tidak sepatutnya disenaraikan dalam tuntutan saman pelucutan hak yang sedang berlangsung kerana tiada kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Peguam M. Puravalen yang mewakili Goh, 69, berhujah bahawa tiada kenyataan dibuat berhubung rumah itu, yang dibina di atas dua bidang tanah yang dibeli oleh Goh pada 1990 dan 1993, berdasarkan perjanjian jual beli yang dikeluarkan di mahkamah hari ini.
“Dokumen hak milik kedua-dua bidang tanah juga dikeluarkan dan jelas menunjukkan bahawa pendaftaran pemindahan disahkan dan berlaku masing-masing pada 11 Julai 1990 dan 4 Ogos 1993.
"Tiada penemuan untuk menjelaskan bagaimana banglo itu berkaitan dengan sebarang hasil haram atau dana yang disalahgunakan. Pihak pendakwaan gagal membuktikan apa-apa fakta yang menjelaskan penglibatan rumah itu dalam kesalahan predikat atau aktiviti yang menyalahi undang-undang,” kata peguam itu semasa berhujah dalam prosiding tuntutan pelucutan hak terhadap Goh dan 17 yang lain.
Puravalen berkata pembelian dan pembinaan banglo itu sebelum wujudnya 1MDB, yang menjadi subjek kesalahan predikat lebih daripada satu dekad dan salinan sijil layak menduduki banglo bertarikh 22 Jun 2000 dikeluarkan oleh majlis tempatan Pulau Pinang juga menjadi bukti sokongan.
“Dokumen itu menunjukkan Goh adalah pemilik berdaftar hingga kini dan tidak ada perubahan dari segi pemilikan tanah tersebut. Oleh itu, saya berhujah bahawa pihak pendakwaan telah gagal dalam melaksanakan beban pembuktian mereka terhadap harta itu,” katanya.
Mengenai simpanan dalam tiga akaun bank milik Goh, Puravalen berkata pendakwaan tidak memberikan bukti dokumen atau bahan sokongan untuk menjelaskan beberapa transaksi deposit di akaun Goh.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak pendakwa tidak mengemukakan bukti bahawa akaun bank milik Goh itu digunakan dalam pelanggaran kesalahan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal dana 1MDB.
Transaksi berkenaan ialah RM328,418.32 yang dideposit pada 13 Okt, 2016; RM340,704.64 yang dideposit pada 11 Nov, 2016 ditanda sebagai “arahan kredit”; RM360,000 (21 Jan, 2017); RM33,649.58 (13 Mac, 2014) serta RM36,631.07 (7 Mei, 2013) yang ditanda sebagai “transaksi persendirian”, semua dalam akaun bank Goh yang dipertikai.
"Afidavit yang disahkan oleh salah seorang pegawai penyiasat 1MDB, ACP R. Rajagopal juga tidak memberikan penjelasan mengenai deposit yang disebutkan mengenai akaun bank yang dimiliki oleh Goh.
"Tidak ada jejak wang atau pergerakan wang yang dijelaskan oleh Rajagopal untuk menyokong pendapatnya bahawa deposit tersebut merupakan hasil aktiviti haram atau jenayah. Oleh itu, kami meminta saman ini ditolak,” katanya.
Pada 8 Mei, 2019, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan barangan termasuk beg tangan pelbagai jenama dan 27 buah kenderaan yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka serta 13 individu dan syarikat yang dikatakan berkaitan 1MDB.
Selain itu, wang berjumlah lebih RM18 juta dalam beberapa akaun bank di Bank Islam Malaysia Bhd, Al-Rajhi Bank Bhd, Malayan Banking Bhd, CIMB Bank Bhd, RHB Bank Bhd, Public Bank Bhd, AmBank Bhd dan Hong Leong Bank Bhd dibeku antara 16 Ogos, 2018, dan 11 Mac, 2019.
Dalam notis usul lucut hak itu, Pendakwa Raya menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak Mohd Najib dan Nooryana Najwa Mohd Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe, Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isteri Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.
Prosiding dihadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 23 April.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021
Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak, kata peguam yang mewakili Goh, 69. - Gambar fail/ Sinar Harian
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Netanyahu berdepan penolakan dunia, menteri dalam kabinet perang sendiri - Penganalisis
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata wajah sebenar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang dahagakan darah kini telah terdedah dan tidak lagi dapat menutup kepalsuan yang cuba dipaksakan kepada dunia. Jelasnya, Netanyahu bukan sahaja berdepan penolakan masyarakat antarabangsa bahkan juga tentangan dari dalam kebinet perangnya sendiri.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo
Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia.
Jho Low arah Kee Kok Tiam sediakan surat derma Arab Saudi - Jasmine Loo
Arahan itu adalah bagi menyatakan dana-dana yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma dari Arab Saudi.
Kes 1MDB: Jho Low dakwa ada bukti, bertindak atas arahan Najib - Saksi
Jasmine Loo berkata, Jho Low pernah mendakwa, sekiranya apa-apa terjadi kepadanya, dia mempunyai bukti menunjukkan semua tindakan yang dilakukan ialah mengikut permintaan Najib.
RM29.03 bilion aset 1MDB sudah dikembalikan - SPRM
Terbaharu, hasil pemulihan aset dana 1MDB yang giat dijalankan secara berterusan, SPRM berjaya memperoleh semula wang termasuk aset yang berjumlah RM23,911,460.90.