awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang

Bernama
Bernama
26/11/2024
15:21 MYT
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ketua Jajahan Gua Musang yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), Nik Raisnan Daud meninjau keadaan bot yang telah dipersiapkan untuk menghadapi banjir di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, hari ini. - Bernama
GUA MUSANG: Sebanyak 13 kawasan berbukit di sekitar Gua Musang dikenal pasti sebagai tempat perpindahan penduduk yang dilanda bencana banjir ketika Monsun Timut Laut (MTL) jika pusat pemindahan sementara (PPS) ditenggelami air.
Ketua Jajahan Gua Musang yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Nik Raisnan Daud berkata ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
Beliau berkata pelbagai kelengkapan dan keperluan untuk mangsa banjir telah disediakan di lokasi perpindahan terbabit.
"Antara lokasi yang sudah dikenal pasti ialah di Kampung Batu Papan, Lebir, Kampung Limau Kasturi dan Aring. Kejadian banjir besar yang berlaku 10 tahun lepas adalah di luar jangka dan kita tidak membuat persiapan awal.
"Selain bahan makanan, PKOB turut menyediakan peralatan memasak, lampu suluh, tali dan khemah untuk kegunaan mangsa yang terpaksa berpindah ke atas bukit," katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, hari ini.
Nik Raisnan berkata hebahan mengenai 13 lokasi ini telah dibuat kepada penduduk setempat setiap minggu ketika solat Jumaat.
"Para penggawa dan penghulu kampung juga banyak menguar-uarkan kepada penduduk tentang langkah awal yang perlu diambil apabila berhadapan banjir," katanya.
Selain itu, beliau berkata lima buah bot daripada pelbagai agensi dan 25 bot persendirian didaftar sebagai kemudahan aset untuk membantu mangsa banjir musim ini.
"Kesiapsiagaan kita untuk menghadapi musim tengkujuh yang dijangka menyebabkan banjir besar telah bermula awal. Malah pada bulan lepas kami telah menganjurkan program simulasi banjir yang membabitkan semua agensi antaranya polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#kawasan bukit
#Gua Musang
#banjir
#perpindahan penduduk
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan