awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
xAI perkenal Grok untuk perniagaan dan perusahaan
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia dan Rantau Kepulauan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 242 mangsa dipindahkan di Selangor, Kedah dan Kelantan

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2021
22:58 MYT
Banjir: 242 mangsa dipindahkan di Selangor, Kedah dan Kelantan
Di Selangor, seramai 133 mangsa daripada 46 buah keluarga ditempatkan di dua buah PPS. - Foto fail
SERAMAI 242 mangsa banjir daripada 74 buah keluarga dilaporkan di tiga buah negeri setakat awal pagi Rabu.
Menurut Infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Selangor, Kedah dan Kelantan.
Di Selangor, seramai 133 mangsa daripada 46 buah keluarga ditempatkan di dua buah PPS.
Antara PPS dibuka adalah Dewan MPAJ Lembah Permai, Ampang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Serai yang kedua-duanya terletak di Hulu Langat.
Dalam pada itu, Kedah membuka tiga buah PPS untuk menempatkan 92 mangsa daripada 25 keluarga yang terjejas akibat banjir.
Dua daerah yang terjejas banjir di negeri Darul Aman itu adalah Kubang Pasu dan Kota Setar.
Di Kelantan pula, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di sebuah PPS yang dibuka di daerah Pasir Mas.
Topic Berkaitan
#banjir
#Selangor
#Kedah
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan