HULU LANGAT: Wajahnya tidak langsung kelihatan sugul. Sebaik berbicara, tutur katanya sungguh bersemangat, sesekali disulami gelak tawa juga.
Sekali pandang, tidak langsung menyangka wanita berusia 75 tahun ini baru sahaja kehilangan rumah pusakanya berusia 52 tahun akibat banjir.
Sebelum ini, kediaman itu tersergam indah di Kampung Jawa di sini, namun kini hanya tangga yang masih gagah, menjadi kenangan buat rumah yang sudah musnah.
Rohana Mahfuz reda, menganggap semua berlaku adalah ujian daripada Allah dan sebagai manusia biasa, dia menganggap Allah mengambil semula apa yang pernah dipinjamkan kepadanya.
Mengakui sangat berduka dengan apa yang terjadi, namun baginya, cukuplah tiga hari bersedih kerana kehidupan perlu diteruskan sebaiknya.
Kata Rohana, biarpun rumah pusaka yang sudah hanya dibawa arus banjir kini hanya tinggal tangga sahaja, namun itu sudah cukup memberikan makna yang besar buat dia sekeluarga.
"Rumah ini rumah pusaka yang sangat berharga buat kami adik-beradik, satu keluarga.
"Sebab di tangga itulah, berdirinya bapa mengucapkan selamat jalan kepada mak yang berada di dalam keranda. Itu yang kami tak boleh lupa.
"Jadi dekat situ Allah masih beri lagi tangga itu pada kami. Di situ nampak keutuhan kasih sayang bapa kami kepada mak, apatah lagi kepada kami (anak-anaknya)," katanya secara eksklusif kepada Astro AWANI ketika ditemui di tapak rumah pusakanya hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir Selangor: Angka korban mencecah 24 orang - MB
Sepanjang hari, orang awam tidak putus-putus mengunjungi tangga kenangan kediaman pusaka keluarga Rohana.
Bahkan, ramai juga yang merakamkan gambar dan video berikutan kediaman itu tular di media sosial.
Ditanya kepada Rohana, apakah emosinya terganggu melihat orang ramai mengunjungi kediaman tinggalan Allahyarham bapanya?
Jawab wanita itu, tidak sedikit pun perasaannya terusik.
Ini kerana, baginya, kehadiran orang ramai seakan memberikan semangat kepadanya, lagi ramai orang,
lagi kuat semangatnya berdepan cabaran tidak terduga itu.
"Nenek rasa gembira sebab orang tumpang bersedih dengan nenek, orang bagi kekuatan kepada nenek.
"Rasanya itu satu sumbangan, sokongan moral. Bukan orang datang nak mengejek nenek, semua datang ucapkan takziah. Semua yang datang, tiada yang tak ucapkan takziah.
"Terharu atau tidak? Terharu nenek rasa," ujarnya lagi.
Berkongsi rancangan masa depan, Rohana berhajat untuk membina rumah baharu di tapak sama, andai tidak besar pun tidak mengapa, perlahan-lahan dia akan bangunkan semula.
Buat masa ini, cukuplah jika ada tempat untuk beribadah, makan, tidur dan menguruskan diri.
"Nenek mengarang dalam kepala sendiri. Tangga itu apa maknanya? Dia (Allah) suruh nenek naik satu mata, biar sampai ke atas balik.
"Tiang yang tumbang itu, nampak kan sebatang tiang di situ? Jadi dari situ nenek rasa Allah suruh bina balik dari satu tiang, walaupun hanya dari sebatang tiang.
"Bila kita kaji balik, bila kita berusaha, Insya-Allah akan diberi sebab kami dapat rumah itu pun bukan tiba-tiba macam itu," katanya.
Ketika ditanya apa yang membuatkannya begitu kuat, Rohana berkata, kekuatan yang diperoleh merupakan kurniaan daripada Allah, bukan datang daripadanya.
Kekuatan dan ketabahan nenek Rohana dalam menghadapi ujian dan dugaan ini tentu sekali memberikan inspirasi buat seluruh rakyat Malaysia.
Ridauddin Daud
Thu Dec 23 2021
Hanya tangga sahaja yang tinggal menjadi kenangan, selebihnya seluruh struktur kediaman rumah pusaka yang didiami Rohana Mahfuz di Hulu Langat musnah dibawa arus banjir. - Gambar Astro AWANI
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Rumah terbuka santunan kasih syawal TPM
Rumah Terbuka Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menjadi tradisi bagi merai dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan Astro AWANI berkesempatan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akta laut wilayah masih sah dan terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.