KOTA BHARU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan laporan penilaian alam sekitar (EIA) terhadap cadangan ladang hutan di Gunung Inas di Baling, Kedah diluluskan untuk projek penanaman hutan kayu getah gantian kepada kawasan hutan yang ditebang untuk pembalakan.
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kelulusan EIA itu dipohon pada peringkat awal projek berkenaan.
Manakala bagi projek selepas itu tiada permohonan EIA dikemukakan oleh pemaju.
"Peringkat awal EIA dia mohon dan kita lulus untuk projek penanam getah sebagai kayu hutan gantian kepada pembalakan itu memang ada EIA, yang lain tidak ada EIA.
"Walaupun tiada EIA, pemantauan projek perlu dibuat saya, masih. Kita di peringkat kementerian kita tubuh jawatankuasa khas yang terdiri dari Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan saya minta laporan disediakan kepada saya selewat-lewatnya petang ini untuk saya bincang hendak tengok dalam konteks kementerian," katanya di sini hari ini.
Kajian itu juga kata Tuan Ibrahim antara lain ingin melihat punca sebenar kejadian banjir yang meragut tiga nyawa dan memusnahkan kediaman serta harta benda.
Ianya sama ada dakwaan berlaku kolam takungan air yang pecah, atau berlaku fenomena kepala air yang memungkinkan berlaku kejadian buruk itu seakan-akan sama dengan apa yang berlaku di Janda Baik, Pahang tempoh hari.
Tuan Ibrahim berkata dua kemungkinan kejadian kepala air yang biasanya berlaku pertama kerana taburan hujan dengan jumlah yang banyak yang mengundang berlaku pergerakan tanah dan runtuhan tebing.
Manakala yang kedua punca kepala air ialah berlaku runtuhan tanah dan menutupi laluan sungai di bahagian hulu sehingga membentuk takungan air yang besar.
Bagaimanapun beliau akan menunggu hasil laporan yang akan dikemukakan oleh agensi bawah kementeriannya.
Muhafandi Muhamad
Tue Jul 12 2022
Kajian KASA antara lain ingin melihat punca sebenar kejadian banjir yang meragut tiga nyawa dan memusnahkan kediaman setta harta benda.- Gambar fail/BERNAMA
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi akan mengetegahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
[TERKINI] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta delegasi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad. Puncanya pendaratan yang disorot media-media antarabangsa sebagai 'hard landing' itu bagaimanapun masih belum jelas. Pihak kecemasan telahpun digegaskan ke lokasi bagi memberikan pertolongan sewajarnya kepada kesemuanya yang terlibat.
Komuniti Madani sebagai medium menyalurkan maklumat yang sahih
1,878 komuniti Madani ditubuhkan untuk bantu salurkan mesej daripada Kerajaan Persekutuan sampai ke peringkat akar umbi khususnya seperti isu 3R
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ketirisan diesel subsidi lebih RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Negara mengalami ‘ketirisan’ diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1.2 juta sehari, akibat aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Aktivis teater ASWARA Rosminah Tahir meninggal dunia
Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
KASA tangguh semua proses berkaitan projek naik taraf loji selepas Parlimen dibubarkan
KASA memaklumkan, pihaknya turut menangguhkan pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan dan Surat Setuju Terima.
Kenapa projek besar KASA diberikan secara rundingan terus? - Soal Rafizi kepada Tuan Ibrahim
Mohd Rafizi Ramli mendakwa terdapat projek yang diberikan kepada syarikat tersebut dibuat selepas Parlimen dibubarkan
KASA sedang baik pulih lebih 400 kilometer paip uzur di Kelantan - Tuan Ibrahim
Daripada jumlah itu sebanyak 106.2 km paip uzur jenis simen asbestos (AC) telah digantikan secara berperingkat.
Hari Alam Sekitar Negara disambut di Kuantan
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan pada sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Pahang esok.
YPASM perluas fungsi, dinamakan Yayasan Penyelidikan Antartika, Pelestarian Alam Sultan Mizan
Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM), yang ditubuhkan 10 tahun lepas, secara rasmi ditukar nama kepada Yayasan Penyelidikan Antartika dan Pelestarian Alam Sultan Mizan selepas diperkena
882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion diluluskan pada 2021 - Tuan Ibrahim
Sebanyak 882 projek hijau bernilai RM3.66 bilion dan tujuh perkhidmatan hijau bernilai RM21.9 juta telah diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2021.
Dewan Rakyat lulus RUU Kualiti Alam Sekeliling, denda maksimum naik ke RM10 juta
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2022, yang menyaksikan denda maksimum dinaikkan kepada RM10 juta.
KASA serah kepada Kedah ambil tindakan tiga kolam takungan di Gunung Inas
KASA yakin kerajaan negeri memberi perhatian kepada isu itu dan memantau semua projek di Kedah dengan sebaik mungkin.
RUU berkaitan perubahan iklim dijangka dibentang tahun depan - Tuan Ibrahim
Rang undang-undang berkenaan perubahan iklim dijangka akan dimuktamadkan pada hujung tahun ini dan bakal dibentangkan pada persidangan Parlimen tahun depan.
Banjir Baling: KASA tidak tolak kemungkinan berpunca daripada kolam takungan pecah
Keadaan itu diperkukuhkan lagi dengan berlaku peningkatan kadar air antara 0.2 meter dan 3.0 meter di kampung-kampung terlibat.