awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Kerajaan disyor lakukan program pemetaan bencana geologi aliran puing

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
06/08/2022
10:58 MYT
Banjir Baling: Kerajaan disyor lakukan program pemetaan bencana geologi aliran puing
Aaktiviti pembalakan juga perlu dilihat semula bagi mengelak sebarang kesan buruk dan tidak diingini berlaku. - Gambar fail/APM
KUALA LUMPUR : Kerajaan dicadang melakukan program pemetaan bencana geologi aliran puing di peringkat kebangsaan bagi mengenal pasti kawasan-kawasan berbahaya dan sekali gus mengelak kejadian banjir di Baling berulang.
Presiden Insititut Geologi Malaysia, Abd Rasid Jaapar berkata, langkah itu akan dapat memastikan pengurusan hutan yang lebih mampan termasuk melakukan aktiviti pembalakan yang bersyarat.
"Kita memang sudah mengenal pasti kawasan ini memang berpotensi untuk berlaku aliran puing. Mungkin tidak masa terdekat, mungkin 20-30 tahun lagi. Sebelum pembalakan dilakukan, perlu ada satu kajian sama ada kita nak tengok lembangan itu (berisiko) seperti yang berlaku di Sungai Kupang, Baling ini.
"Sekarang tidak ada (tinjauan sebelum pembalakan), yang ada cuma Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA), EIA tidak mengkaji secara mendalam terhadap potensi bencana yang sebegini.
"Kita cadangkan kerajaan supaya adakan program pemetaan bencana geologi aliran puing ini di peringkat kebangsaan supaya kita boleh kenal pasti kawasan-kawasan yang berbahaya supaya pengurusan hutan lebih mampan perlu diadakan yang mungkin (memastikan) pembalakan bersyarat atau lebih terintegrasi," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Beliau pada masa sama bersetuju jika aktiviti pembalakan dilihat semula bagi mengelak sebarang kesan buruk dan tidak diingini berlaku.
Selain itu katanya, pihak kerajaan negeri perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Laporan Kajian Bencana Banjir Puing 2022 Sungai Kupang, Baling sama ada untuk meneruskan guna tanah kepada hutan ladang atau kembalikannya kepada hutan asal.
"Jadi kita beri opsyen, kalau nak teruskan kepada ladang ada caranya. Namun yang terbaik kita cadangkan ialah ditukarkan semula taraf ladang hutan itu kepada hutan simpan semula," ujarnya.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#Laporan Kajian Bencana
#EIA
#Abd Rasid Jaapar
#aliran puing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan