KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan bantuan segera harus disampaikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir di Baling, Kedah.
Perdana Menteri yang kini berada di Turkiye untuk lawatan rasmi, berkata, beliau turut mengarahkan Setiausaha Politik, Datuk Mohammad Anuar mewakilinya, untuk turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan secepatnya kepada mangsa.
"Kita meninjau keperluan segera yang diperlukan oleh mangsa-mangsa banjir yang terlibat di Baling dan bantuan harus segera disampaikan kepada mangsa walaupun saya berada di Turkiye.
"Saya juga telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak berkuasa berkaitan bagi membantu mangsa-mangsa banjir," katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.
BACA: Banjir di Baling: 3 sekeluarga hilang dihanyut kepala air
Menerusi kemas kini sama, Perdana Menteri turut menzahirkan rasa sedih dan simpati atas dengan kejadian tersebut, yang mengakibatkan tiga nyawa terkorban setakat ini.
Beliau dalam masa yang sama mendoakan agar mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan tersebut.
"Takziah kepada mereka yang kehilangan insan tersayang dan sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah dan didoakan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," ujar Perdana Menteri.
Sekurang-kurangnya 20 rumah penduduk di Kupang, Baling dilapor terjejas akibat banjir kilat setelah hujan lebat berterusan lebih tiga jam pada petang Isnin.
Astro Awani
Tue Jul 05 2022

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengarahkan Setiausaha Politik, Datuk Mohammad Anuar mewakilinya, turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan secepatnya kepada mangsa - Foto FB Ismail Sabri

Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.

Cerita Sebalik Berita: 'Suara Anak Bumi'
Dokumentari 'Suara Anak Bumi' sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Pemimpin bercakaran sesama sendiri merugikan - Penganalisis
Serangan berbaur politik juga semakin menjadi-jadi tanpa mengira parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Tiada rekod ekspatriat gagal bayar cukai
Pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya.

Dewan Negara lulus Akta Antilompat Parti, lebih dua pertiga sokong
Jumlah Ahli Dewan Negara yang menyokong ialah seramai 52 orang, sementara tujuh orang lagi tidak hadir.

Cerita Sebalik Berita: Hari Antarabangsa Orang Asli Sedunia
Aktivis dan Artis Orang Asli, Shaq Koyok bercerita mengenai Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.
![[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti [TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981836/thumbnails/21620390201660037911287_640x360.jpg)
[TERKINI] Sesi penggulungan RUU Antilompat Parti
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebarang tindakan parti politik keluar gabungan tidak dianggap bertukar parti.

Kerajaan akan lancar Dasar Tenaga Negara hujung bulan ini - Mustapa
Dasar Tenaga Negara 2021-2040 akan dilancarkan untuk meningkatkan aliran pelaburan dan memajukan matlamat pembangunan mampan Malaysia.

Faizal Saari sertai kelab Belanda
Faizal Saari bakal berentap di liga utama Belanda tersebut selama 10 bulan mengikut kontrak yang ditetapkan kelab berkenaan.

Banjir Baling: Perdana Menteri arah salur bantuan segera kepada mangsa
Perdana Menteri dalam masa yang sama mendoakan agar mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan tersebut.