awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Siasatan terperinci perlu dijalankan terhadap risiko tandak takungan air - MB Kedah

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
06/07/2022
10:42 MYT
Banjir Baling: Siasatan terperinci perlu dijalankan terhadap risiko tandak takungan air - MB Kedah
Kerajaan Kedah akan mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri itu bagi melakukan penilaian berhubung kesesuaian dan risiko pembinaan tandak-tandak takungan air di kawasan Gunung Inas. - Gambar BERNAMA
BALING: Kerajaan Kedah akan mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri itu bagi melakukan penilaian berhubung kesesuaian dan risiko pembinaan tandak-tandak takungan air di kawasan Gunung Inas.
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, ketika ini tidak dapat dipastikan sama ada tandak-tandak yang dibina itu berisiko dan menjadi punca berlakunya bencana banjir dan kepala air ke kawasan penduduk.
"Itu kita kena tengok (lebih mendalam), saya akan minta Jabatan Perhutanan untuk tengok balik tandak takungan air itu sesuai atau tidak (dibina di kawasan terbabit),
"(Penilaian itu amat penting) untuk tahu risikonya… (saya lihat) ada risiko (kerana) apabila kita 'belat', aliran (air) laju dan akan ada arus deras ke kawasan penduduk sekitar.
"Saya tidak cakap disebabkan tandak itu berlaku kepala air… kemungkinan tandak itu runtuh kerana kepala air (sebab) sebelum ni keadaan tandak itu 'okey' sahaja,” kata Muhammad Sanusi dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Pejabat Daerah dan Tanah, Baling pada Rabu.
Tambah Muhammad Sanusi, kerajaan negeri juga sedang menunggu laporan daripada jabatan berkaitan sebelum dapat mengesahkan punca sebenar yang menyebabkan kejadian banjir dan kepala air, pada Isnin.
Siasatan lanjut juga, katanya, akan dilakukan bagi menyiasat dakwaan, projek Musang King yang masih 'berjalan' selepas arahan menghentikan projek itu dibuat pada Julai 2020.
"Saya sudah maklumkan semua agensi dan jabatan akan buat 'assessment' (penilaian) berdasarkan kepakaran masing-masing… (contohnya) Jabatan Geosains, ada kepakaran dia.
"Jabatan Hutan pula ada kepakaran dia, JPS akan buat (penilaian mengenai) tadahan hujan. Semua ada kepakaran masing-masing, kesemua agensi itu itu belum keluarkan laporan lagi.
"Saya kena baca semua itu baru saya boleh bagi kenyataan berhubung punca kejadian dan sebagainya, perkara itu tidak sama dengan pandangan (yang disuarakan) netizen," tegas Muhammad Sanusi lagi.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#tandak
#takungan air
#Gunung Inas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan