awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Bengkel jangan ambil kesempatan kena harga melampau - KPDNHEP

Bernama
Bernama
22/12/2021
12:24 MYT
Banjir: Bengkel jangan ambil kesempatan kena harga melampau - KPDNHEP
Hujan lebat sejak 17 Dis lepas mengakibatkan kejadian banjir termasuk di Lembah Klang selain merosakkan harta benda termasuklah kenderaan bermotor. - Gambar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Pengusaha bengkel kenderaan bermotor diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang melampau bagi kerja-kerja pembaikan kenderaan ekoran bencana banjir yang melanda negara.
Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata peniaga bengkel harus mematuhi Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) 2002, Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Menegaskan KPDNHEP akan meningkatkan pemantauan ke atas premis perniagaan kenderaan bermotor, beliau berkata peniaga yang mengambil kesempatan boleh disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisma Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018.
Azman dalam satu kenyataan hari ini berkata sepanjang 2021, KPDNHEP telah menjalankan sebanyak 570 pemeriksaan terhadap bengkel kenderaan bermotor dan 76 kes telah diambil tindakan dengan nilai kompaun sebanyak RM21,250.
"Pengguna dinasihatkan berhati-hati mendapatkan sebut harga secara bertulis berkaitan jangkaan pembaikan kenderaan daripada peniaga," katanya sambil menyarankan pengguna mendapatkan perkhidmatan pembaikan di pusat servis kenderaan berkaitan sekiranya kenderaan masih dalam jaminan.
BACA LAPOR LANGSUNG BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Sebarang aduan atau maklumat, orang ramai boleh melaporkan kepada KPDNHEP melalui saluran aduan iaitu WhatsApp 019-279 4317, portal aduan di e-aduan.kpdnhep.gov.my, Call Centre 1-800-886-800, emel kepada [email protected] dan Ez ADU KPDNHEP.
Hujan lebat sejak 17 Dis lepas mengakibatkan kejadian banjir termasuk di Lembah Klang selain merosakkan harta benda termasuklah kenderaan bermotor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#baik pulih kenderaan
#kereta banjir
#KPDNHEP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan