KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Lembah Klang ketika ini, terutama Selangor disifatkan luar jangka dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan-jalan utama ditutup dan jumlah mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bertambah.
Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai yang tidak bersedia dan terperangkap sama ada di kediaman mereka atau di dalam kenderaan di jalan-jalan utama yang dinaiki air.
Melalui perkongsian orang awam di media sosial memaparkan jalan dan penempatan di Selangor dinaiki air antaranya di Shah Alam dan Pelabuhan Klang dan suara-suara meminta bantuan daripada individu yang terperangkap akibat banjir memenuhi media-media sosial.
Keadaan banjir itu menyebabkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memohon bantuan dari kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah banjir dan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu, yang paling teruk terjejas kali ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas malam tadi memaklumkan kebiasaannya persiapan menghadapi banjir di beberapa negeri antaranya Kelantan, Pahang dan Terengganu dibuat lebih awal, namun keadaan banjir di Selangor seolah-olah 'mengejut'.
"Saya baca di media sosial, ada juga yang hantar direct kepada saya mohon bantuan kerana ada yang sakit.
"Ada yang dalam bas terperangkap lapan jam dia maklumkan kepada saya, saya dah maklumkan kepada bomba untuk ke tempat itu, cuma keadaan waktu itu banyak kereta lain juga terperangkap jadi kita selamatkan mereka yang lemah," kata Ismail Sabri.
Sebanyak 45 PPS dibuka dengan 3,826 mangsa daripada 2,551 keluarga ditempatkan setakat ini di Selangor dan 453 aset kenderaan dan logistik pelbagai agensi penguat kuasa digerakkan dengan melibatkan 2,817 anggota.
Perdana Menteri memberi jaminan keselamatan mangsa menjadi keutamaan kerajaan selain memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang.
Setakat petang semalam, beberapa plaza tol ditutup termasuk Plaza Tol Shah Alam dan jalan susur persimpangannya dengan satu-satu jalan keluar yang dibuka untuk dilalui ialah di Plaza Tol Subang dan Seafield untuk laluan ke arah selatan dan utara.
Tinjauan melalui media sosial juga mendapati berlaku kejadian tanah runtuh di beberapa lokasi iaitu di KM62.9 lebuh raya Karak-Bentong; laluan Saujana Utama ke Elmina (berhampiran Lebuhraya Guthrie) jalan menuju Bukit Lanjan, Damansara serta Jalan Taman Melawati 1.
Situasi di negeri lain yang mengalami banjir seperti Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Kelantan turut menyaksikan pertambahan mangsa yang dipindahkan ke PPS susulan air banjir belum surut berikutan hujan berterusan.
Ekoran cuaca buruk itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi hantaran di Facebook malam tadi memaklumkan bekalan elektrik di 82 kawasan di Klang, Shah Alam (57), Pelabuhan Klang (enam), Sepang (tiga) dan Banting (dua) terputus dan belum pulih.
Selain itu, bekalan elektrik yang terputus di 20 kawasan di Pahang melibatkan Kuantan, Bentong, Jerantut dan Kuala Lipis; lapan lokasi di Melaka; tujuh di Kelantan membabitkan jajahan Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang juga belum pulih.
Sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan COVID-19, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan berkata mangsa banjir yang bergejala, berisiko atau positif akan diasingkan di pusat kuarantin.
Beliau berkata sebelum dibenarkan memasuki PPS, mangsa banjir akan disaring terlebih dahulu untuk mengesan jika mempunyai gejala dan faktor risiko COVID-19, manakala bagi kes positif akan diisolasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) atau PPS Khas atau dirujuk ke hospital mengikut keperluan.
Sehingga pukul 11 malam tadi, sebanyak 188 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri yang terjejas banjir susulan hujan lebat sejak semalam, melibatkan 11,384 mangsa daripada 4,500 keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
Gelagat pengguna jalan raya yang tidak dapat meneruskan perjalanan ekoran hujan lebat sepanjang hari dan banjir yang melanda di beberapa tempat sekitar Lembah Klang ketika tinjauan di sekitar Seksyen 21, Shah Alam, awal pagi tadi. --fotoBERNAMA
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Longgokan kayu di Tasik Kenyir undang risiko bencana - Ketengah
Walaupun sisa kayu itu telah diikat, namun pihaknya bimbang jika berlaku insiden kepala air, sekali gus akan menyebabkan ikatan tersebut terurai.
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat, situasi di Terengganu bertambah baik
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat manakala situasi di Terengganu bertambah baik setakat 8 malam ini.
Banjir di Selangor luar jangka, kerajaan persekutuan salur bantuan segera
Hujan berterusan kadang kala lebat selama dua hari di sekitar Lembah Klang menyebabkan ramai yang tidak bersedia dan terperangkap.