Skip to main content

Malaysia

Banjir di Selangor makin pulih, Perak meningkat sedikit pagi ini

KUALA LANGAT, 25 Jun -- Penduduk Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang menggunakan sampan bagi menyelamatkan harta benda selepas rumah mereka dinaiki air akibat ban Sungai Langat pecah di Kuala Langat ketika tinjauan hari ini. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Penduduk Kampung RTB Bukit Changgang menggunakan sampan bagi menyelamatkan harta benda selepas rumah mereka dinaiki air akibat ban Sungai Langat pecah di Kuala Langat pada 25 Jun lalu. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Selangor semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat permindahan sementara (PPS) berkurangan pagi ini manakala bilangan mangsa di Perak meningkat sedikit.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) RTB Bukit Changgang menurun kepada 16 individu daripada 10 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 309 individu daripada 150 keluarga, malam tadi.

Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa yang masih berada di PPS melibatkan enam lelaki dan 10 perempuan termasuk dua bayi. 

Di PERAK, jumlah mangsa yang masih berlindung di PPS Dewan Bandaran Gopeng di daerah Kampar sejak 20 Jun lepas, meningkat sedikit kepada 52 orang daripada 16 keluarga berbanding 51 orang daripada 16 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di PPS berkenaan berikutan kawasan kediaman di Kampung Ulu Geruntum, Kuala Razila terputus hubungan susulan jambatan runtuh akibat kejadian kepala air.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement