JOHOR BAHRU: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang dan Pontian masih dibuka dengan menempatkan seramai 29 mangsa banjir, setakat 8 pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) menerusi kenyataan hari ini berkata PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom di Pontian dan SK Sungai Linau di Kluang.

Buat masa ini, SK Seri Anom menempatkan seramai 19 penduduk dari Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.

"Sementara itu, SK Sungai Linau menempatkan 10 penduduk dari Kampung Sungai Linau," menurut kenyataan itu.

Dua PPS berkenaan dibuka sejak Ahad lepas susulan banjir kilat akibat hujan lebat dan cuaca dilaporkan cerah pagi ini di kedua-dua daerah berkenaan.

-- BERNAMA