awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Hanya SK Tembila yang masih digenangi air di Terengganu

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/12/2024
05:55 MYT
Banjir: Hanya SK Tembila yang masih digenangi air di Terengganu
Azman (tengah) bercakap pada sidang media selepas membuat tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
JERTEH: Sebanyak 28 buah sekolah di Terengganu yang digenangi air banjir telah surut dan sedang menjalani proses pembersihan.
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, ketika ini hanya Sekolah Kebangsaan Tembila yang masih digenangi air.
“Terdapat perkembangan positif mengenai status banjir kerana saya dapati sehingga tengah hari ini, kita lihat sekolah-sekolah yang dilanda banjir, daripada 29 buah sekolah, hanya tinggal sebuah yang masih digenangi air iaitu Sekolah Kebangsaan Tembila.
“Difahamkan sekolah ini berhampiran pantai dan melihat perkembangan cuaca hari, ia juga akan pulih,” katanya di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong.
Mengulas lanjut, Azman berkata terdapat juga petanda positif melibatkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Besut yang telah berkurang daripada 33 buah kepada 10 buah.
“Khususnya PPS di sekolah rendah hanya tinggal 10 yang masih dibuka.
“Saya difahamkan petang ini, kemungkinan besar 10 PPS ini akan ditutup,” ujar beliau.
Katanya lagi, apabila sekolah telah pulih daripada banjir dan tiada lagi PPS dibuka, proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka akan kembali seperti biasa.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan ujian lisan bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang bermula hari ini secara keseluruhan berjalan lancar di Terengganu.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#sekolah di Terengganu
#Ketua Pengarah Pendidikan
#Azman Adnan
#digenangi air banjir
#Banjir 2024
#monsun timur laut
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan