awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
Empat cedera kemalangan dua kenderaan lepas Banjaran Titiwangsa
Gabungan Nasionalis tekad perkukuh martabat bahasa, budaya Melayu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Hatyai: Operasi pemindahan pelajar, pensyarah UUM dijangka pagi ini

Bernama
Bernama
27/11/2025
01:10 MYT
Banjir Hatyai: Operasi pemindahan pelajar, pensyarah UUM dijangka pagi ini
Usaha telah dilakukan melalui bantuan NGO dengan menggerakkan 12 bot untuk memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada warga UUM yang terlibat di Hotel Wangburapa Grand, Hatyai. - Facebook UUM
ALOR SETAR: Operasi pemindahan 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas banjir di Hatyai, Thailand akan dilaksanakan pagi ini.
Menerusi hantaran di Facebook, UUM memaklumkan perkara itu akan dilaksanakan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dengan bantuan badan bukan kerajaan (NGO).
"Marilah sama-sama kita berdoa, agar perkara ini dapat dilaksanakan esok (hari ini)," menurut hantaran itu.
Menurut UUM, sebelum ini usaha telah dilakukan melalui bantuan NGO dengan menggerakkan 12 bot untuk memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada pelajar dan pensyarah yang terlibat di Hotel Wangburapa Grand.
Bagaimanapun, arus terlalu laju menyebabkan bot berkenaan berpatah balik.
UUM memaklumkan berbanding di tempat lain, hotel kediaman pelajar terbabit terletak berdekatan dengan sungai dan paras air telah melebihi satu tingkat hotel berkenaan.
Menurut UUM, keadaan itu tidak memungkinkan kenderaan sama ada kereta atau lori untuk sampai ke hotel tersebut.
Kesemua pelajar dan pensyarah terlibat adalah daripada Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) terkandas sejak 22 Nov lepas, ketika menyertai Program Pertukaran Budaya Thai-MYS 2025.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#UUM
#Hatyai
#pelajar UUM terkandas
#banjir thailand
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan