awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jangan bakar longgokan sampah - Bomba

Sinar Harian
Sinar Harian
26/12/2021
15:35 MYT
Banjir: Jangan bakar longgokan sampah - Bomba
Sebanyak dua kes pembakaran sampah pukal telah dilaporkan di Kapar sejak Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menasihatkan orang awam supaya tidak membakar longgokan sisa sampah banjir.
Pengarahnya, Norazam Khamis berkata, sebanyak dua kes pembakaran sampah pukal telah dilaporkan di Kapar sejak Sabtu.
Menurut beliau, terbaharu bilik gerakan menerima laporan yang berlaku di Taman Meranti Mewah di sini pada jam 5.50 petang Ahad.
"Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar tiba di lokasi pada jam 5.57 petang mendapati kebakaran itu melibatkan longgokan sampah dan sisa perabot yang telah rosak di lokasi dianggarkan berkeluasan 278 meter persegi.
"Kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 7 malam dan operasi ditamatkan jam 7.40 malam. Kejadian itu tidak melibatkan mangsa," katanya.
Banjir teruk pada 18 Disember lalu menyebabkan kerosakan harta benda yang membawa kepada longgokan sampah.
Kerajaan negeri telah membuka 11 stesen pemindahan sementara (TS) sampah pukal bagi mempercepatkan urusan pembersihan sampah pasca banjir.
Artikel asal Sinar Harian: Jangan bakar longgokan sampah banjir - Bomba
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#bakar sampah
#sisa banjir
#Norazam Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan