awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: JBPM atur gerak anggota ke pantai timur

Bernama
Bernama
06/11/2023
06:40 MYT
Banjir: JBPM atur gerak anggota ke pantai timur
JBPM sentiasa mengutamakan kesiapsiagaan dari segi tenaga manusia serta aset kelengkapan seperti udara, darat dan air, bagi menghadapi bencana itu. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggerakkan anggotanya dari negeri yang tidak terjejas dengan musim Monsun Timur Laut (MTL) ke pantai timur, sebagai persediaan menghadapi banjir.
Ketua Cawangan Pusat Pengurusan Operasi JBPM Mohamad Shoki Hamzah berkata JBPM sentiasa mengutamakan kesiapsiagaan dari segi tenaga manusia serta aset kelengkapan seperti udara, darat dan air, bagi menghadapi bencana itu.
Beliau berkata JBPM akan melakukan pemeriksaaan dan ujian ke atas aset air di seluruh negara, bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik semasa musim monsun tersebut.
"Ia merupakan persediaan untuk mereka dalam sebarang kemungkinan berlakunya bencana itu dan tiada masalah terhadap aset ketika beroperasi," katanya dalam program temu bual di sebuah stesen radio tempatan hari ini.
Selain itu, beliau menasihatkan penduduk yang sering mengalami bencana berkenaan untuk menyediakan jaket keselamatan supaya dapat membantu mereka ketika proses pemindahan.
"Ibu bapa juga perlu memantau anak-anak mereka supaya tidak bermain di tempat berbahaya seperti longkang dan sungai, ketika air deras pada musim MTL ini," katanya.
Sebelum ini, polis mengenal pasti 5,648 kawasan tumpuan banjir di 163 daerah, 186 kawasan tumpuan kepala air dan 254 kawasan cerun kritikal di seluruh negara, sebagai persediaan menghadapi peralihan monsun yang bermula bulan depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#monsun timur laut
#persediaan banjir
#anggota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan