JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan peningkatan, dengan seramai 1,591 orang daripada 560 keluarga dipindahkan ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini.
Angka itu menunjukkan pertambahan berbanding 1,297 mangsa yang terdiri daripada 351 keluarga, pada 4 pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Negeri (JBPN) Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, empat daerah terjejas membabitkan Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Enam PPS masing-masing di Segamat, Kluang dan Johor Bahru selain tiga PPS di Kota Tinggi, dibuka secara berperingkat mulai 10.30 malam tadi sehingga 3.20 pagi tadi.
"Segamat merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi, melibatkan 746 penduduk daripada 209 keluarga, yang ditempatkan di enam PPS.
"Ia disusuli daerah Johor Bahru yang merekodkan seramai 560 mangsa daripada 131 keluarga, dengan enam PPS beroperasi.
"Kluang pula merekodkan sejumlah 162 mangsa terlibat, yang terdiri daripada 188 buah keluarga di enam PPS.
"Selain itu, di Kota Tinggi, 123 mangsa daripada 32 keluarga berjaya dipindahkan ke tiga PPS," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Menurut JBPN, banjir yang melanda beberapa daerah di negeri ini susulan hujan berterusan sejak semalam, sekali gus mengakibatkan peningkatan paras air berlaku di kawasan terlibat.
Setakat pagi ini, terdapat dua laluan ditutup untuk kegunaan semua kenderaan, ia membabitkan Jalan Kluang - Mersing (Ladang Greenway) di Kluang dan Jalan Bekok di Segamat.
Muhammad Aiman Hakeem
Wed Mar 01 2023

Banjir yang melanda beberapa daerah di Johor pagi ini susulan hujan berterusan sejak semalam, sekali gus mengakibatkan peningkatan paras air di kawasan terlibat. - Foto ihsan APM
Air naik mendadak, mangsa tidak sempat selamatkan barangan
Mangsa banjir di daerah Baling menyifatkan paras air naik terlalu mendadak sehingga mereka tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang di dalam rumah.
Hampir 2 bilion panggilan, 581 juta SMS mencurigakan berjaya disekat
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan, hampir dua bilion panggilan dan 581 juta perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) mencurigakan disekat daripada sampai kepada pengguna Malaysia dengan bantuan penyedia perkhidmatan syarikat telekomunikasi (telco) bagi menangani isu penipuan dalam talian.

Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu terbakar
Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Kandu di Jalan Permatang Pauh, di sini, mengalami kebakaran dalam kejadian jam 6 petang tadi.

Banjir di Baling pulih, dua PPS ditutup
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak malam tadi akan ditutup pada 7 malam ini.
AWANI Borneo [22/09/2023] - Dua PPS dibuka | Inflasi Sarawak 3.4% | SIE 2023
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
1. Jumlah mangsa banjir di Limbang meningkat, dua PPS dibuka
2. Inflasi Sarawak 3.4 peratus, tertinggi di Malaysia
3. Kazakhstan berminat perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
1. Jumlah mangsa banjir di Limbang meningkat, dua PPS dibuka
2. Inflasi Sarawak 3.4 peratus, tertinggi di Malaysia
3. Kazakhstan berminat perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Banjir kilat di beberapa negeri susulan fasa peralihan monsun
Banjir kilat yang berlaku di beberapa negeri ketika ini disebabkan hujan lebat yang lebih kerap berlaku susulan negara memasuki fasa peralihan monsun yang dijangka berterusan sehingga November.
Kazakhstan mahu perkukuh kerjasama perdagangan dengan Sabah
Kazakhstan berhasrat menjadi sebahagian daripada pertumbuhan perdagangan antarabangsa di Sabah melalui pelbagai bidang dan kepakaran termasuk infrastruktur, kewangan, pelancongan dan sekuriti makanan.
Jawatankuasa khas bincang kerjasama PBS dan STAR
Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Joachim Gunsalam berkata, sebelum sebarang kerjasama dimeterai kedua-dua parti untuk idea membentuk gabungan berkenaan, pihaknya perlu mengambil kira pandangan perwakilan terlebih dahulu.
JKR Sarawak ambil langkah segera tangani tanah mendap dI Jambatan Sungai Musah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata jambatan itu berada di laluan jalan negeri dan beliau telah berhubung dengan JKR Sarawak bagi memastikan kelancaran tindak balas.

MIC jalin kerjasama dengan Makkal Sakti perkukuh hala tuju kaum India
MIC akan menjalinkan kerjasama dengan Parti Makkal Sakti, bagi memperkukuhkan hala tuju serta menangani isu berkaitan kaum India di negara ini.

Banjir di Baling pulih, dua PPS ditutup
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Baling bagi menempatkan 102 mangsa banjir sejak malam tadi akan ditutup pada 7 malam ini.

Mangsa banjir di Perak menurun, dua PPS ditutup
Jumlah mangsa banjir di Perak mencatatkan penurunan pada petang Jumaat dengan 38 mangsa daripada 16 keluarga di Batang Padang ditempatkan di satu pusat pemindahan banjir (PPS).

Banjir landa dua kampung di Limbang, 62 keluarga terjejas
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk diramal berlaku di kawasan pedalaman Sarawak.

Banjir kilat: Dua PPS dibuka, 102 mangsa dipindah di Baling
Dua PPS diaktifkan di Daerah Baling dengan menempatkan seramai 102 orang mangsa selepas daerah itu dilanda banjir kilat.

Banjir kilat Raub, 28 penduduk dipindahkan ke PPS
Semua mangsa kini berada di PPS Dewan Simpang Kallang yang dibuka kira-kira jam 11.30 malam.

Banjir: Dua PPS dibuka di Trolak, tempatkan 41 mangsa
Terdapat 15 buah rumah di Jalan Felda Trolak Selatan terlibat dan banjir di lapan buah daripadanya telah surut sepenuhnya.

Banjir kilat: Jumlah mangsa dipindahkan ke PPS meningkat kepada 451
Hujan berterusan selama lebih dua jam menyebabkan air Sungai Behrang melimpahi ke kawasan rumah berhampiran.

13 mangsa banjir kilat dipindahkan ke PPS Gelang Patah
Sebaik tiba ke lokasi didapati kawasan Jalan Jeluntas 1, Kampung Baru Muafakat telah dilanda banjir.

Bantuan khas banjir daerah Besut dibayar sebelum hujung bulan ini - MB
Setiap KIR yang terlibat akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada kerajaan negeri.

Lebih 50 rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut
Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut petang tadi.