KUALA LUMPUR: Seramai 11,306 mangsa banjir dilaporkan masih berada di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lima negeri, setakat malam ini.
Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding 16,281 petang tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di 107 PPS di Pahang, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir malam ini yang direkodkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah seramai 8,796 orang di 75 PPS dengan mangsa banjir terdiri daripada penduduk di Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.
Jabatan Meteorologi menjangka cuaca di semua daerah terlibat tidak hujan pada malam ini.
Di SELANGOR, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter rasminya memaklumkan kemas kini jumlah mangsa banjir di negeri itu setakat 8 malam adalah seramai 2,387 mangsa yang ditempatkan di 19 PPS.
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pula menerusi laman Twitter rasminya memaklumkan tong sampah roll on roll off (RORO) yang disediakan oleh pihaknya, KDEB Waste Management Sdn Bhd dan agensi berkaitan adalah percuma kepada semua mangsa banjir.
Pihak berkuasa tempatan itu turut memaklumkan tiada sebarang bayaran dikenakan dan menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap mana-mana individu atau syarikat yang cuba mengambil kesempatan berkaitan tong berkenaan.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir mencatatkan penurunan setakat 9 malam ini iaitu seramai 54 orang daripada 15 keluarga berbanding 68 orang daripada 21 keluarga, petang tadi, melibatkan satu PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Pasir Mas.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir terus mencatat penurunan dengan 43 orang daripada 14 keluarga berbanding 53 individu daripada 17 keluarga petang tadi, dengan dua PPS masih beroperasi.
Di MELAKA, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata jumlah mangsa banjir masih tidak berubah iaitu 26 orang daripada lapan keluarga setakat 8 malam ini, dengan kesemuanya ditempatkan di PPS SK Penghulu Benteng, Jasin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
Kesemua mangsa ditempatkan di 107 PPS di Pahang, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.