awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kampung Bukit Changgang masih digenangi air

Fareez Azman
Fareez Azman
23/12/2021
09:49 MYT
Banjir: Kampung Bukit Changgang masih digenangi air
Hampir sebahagian besar kawasan Kampung Bukit Changgang di sini, masih digenangi air banjir sejak bencana itu melanda lima hari lalu. - Gambar Astro AWANI
BANTING: Hampir sebahagian besar kawasan Kampung Bukit Changgang di sini, masih digenangi air banjir sejak bencana itu melanda lima hari lalu.
Tinjauan Astro AWANI di sekitar kampung itu mendapati paras air melepasi pinggang dan dada di sesetengah kawasan.
Bagaimanapun, di sejumlah kawasan tertentu yang air telah surut, penduduk kampung mengambil peluang membersihkan kediaman mereka yang rata-ratanya tenggelam sejak kejadian banjir Sabtu lalu.
Turut kelihatan, beberapa kenderaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membersihkan sampah serta barangan rumah yang rosak di sekitar kampung itu.
[LAPOR LANGSUNG] Bencana banjir Selangor: Angka korban mencecah 24 orang - MB
Dalam pada itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan tidak henti henti menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Difahamkan kerja-kerja mengepam air telah mula dijalankan dengan menggunakan pam air sedia ada dan dibantu bekalan elektrik daripada generator Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Untuk rekod, kejadian banjir di kampung terbabit menjejaskan hampir 10,000 penduduk melibatkan hampir 2,000 kediaman.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kampung Bukit Changgang
#Banting
#digenangi air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan