awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras

Astro Awani
Astro Awani
13/01/2025
09:35 MYT
Banjir Kanowit: Lelaki dikhuatiri  lemas dihanyut arus deras
Sebanyak dua pusat pemindahan sementara telah dibuka di daerah Kanowit, membabitkan 15 keluarga dan 38 mangsa. - Foto FB JBPM Kanowit
SIBU: Banjir di Kanowit meragut mangsa pertama apabila seorang mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Buan, Ngemah sekitar jam 1.50 tengah hari Isnin.
Timbalan Pengarah Bomba Dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut sekitar jam 1.50 tengah hari dan segera mengaktifkan sebuah pacuan empat roda, bot penyelamat dan lapan anggota dari Balai Kanowit ke lokasi.
Mangsa seorang lelaki, dikatakan hendak pulang ke rumah sewanya untuk makan tengah hari dengan berenang, kerana keadaan sungai yang banjir.
Bagaimanapun mangsa kemudian dihanyutkan arus sebelum tenggelam.
Sementara itu, sehingga jam 2 petang tadi, sebanyak dua pusat pemindahan sementara telah dibuka di daerah Kanowit, membabitkan 15 keluarga dan 38 mangsa.
Fenomena air pasang dan hujan menjadi punca air melimpah hingga menjejaskan penduduk kawasan di sekitar Batang Rajang, sejak petang Ahad.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kanowit
#terkini
#mangsa pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan