awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Benteng PLSB pecah, penduduk Pasir Mas, Tumpat diminta berwaspada

Bernama
Bernama
20/12/2022
16:28 MYT
Banjir Kelantan: Benteng PLSB pecah, penduduk Pasir Mas, Tumpat diminta berwaspada
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 25 saat menyaksikan benteng di Kampung Tersang, Pasir Mas pecah dan kelihatan arus deras mula memasuki ke kawasan sekitar penduduk. - Gambar/ Media sosial
KOTA BHARU: Semua penduduk di sekitar Pasir Mas dan Tumpat perlu berwaspada susulan sebahagian benteng membabitkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Tersang pecah susulan arus deras akibat banjir.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kamal Mustapha berkata susulan daripada kejadian itu, banjir yang lebih teruk dijangka berlaku di sekitar kawasan terbabit.
"Benteng berkenaan dibina pada 2018 dengan panjang hampir 20 kilometer di kawasan berkenaan dan pernah dibaik pulih sebelum ini kerana retak akibat banjir juga.
"Pihak kami telah menerima laporan itu pada jam 5 petang tadi (semalam) dan pihak kami tidak dapat membaik pulih lagi kerana arus deras dan jalan perhubungan telah putus," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Kamal berharap penduduk yang berada di kawasan sekitar bersedia untuk berpindah bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 25 saat menyaksikan benteng di Kampung Tersang, Pasir Mas pecah dan kelihatan arus deras mula memasuki ke kawasan sekitar penduduk.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#benteng pecah
#Pasir Mas
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan