SEREMBAN: Banjir kilat yang berlaku di sekitar Seremban baru-baru ini berpunca daripada kecuaian beberapa pemaju perumahan yang tidak menyediakan kolam takungan air ketika memajukan kawasan berkenaan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata susulan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengambil tindakan sewajarnya kepada pemaju terlibat.
"Banjir kilat yang berlaku pada tiga hari lepas berpunca daripada pemaju perumahan yang membuat kerja tanah.
"Mereka tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya digunakan seperti menyediakan kolam takungan air yang merupakan perkara wajib," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini pada Rabu.
Sementara itu, Aminuddin berkata ibadah korban sempena Aidiladha di negeri ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan aktiviti itu boleh diadakan di masjid, surau, rumah atau tanah lapang yang bersesuaian.
Beliau berkata individu atau penganjur perlu membuat permohonan melalui sistem e-qurb@NS di http://equrbans.jheains.my bagi memudahkan Jabatan Veterinar mengeluarkan permit sementara bagi aktiviti penyembelihan.
Aminuddin berkata pendaftaran itu juga bertujuan mengetahui bilangan lembu atau kambing yang disembelih pada tahun ini kerana ia memberi impak besar dari segi pengeluaran ternakan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Aminuddin berkata, pemaju perumahan yang membuat kerja tanah tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya seperti menyediakan kolam takungan air. - Gambar fail
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Kupang tercemar semulajadi, isu dipulihkan dalam masa terdekat - MB
Aminuddin berkata, kupang tersebut dicemari toksik secara semulajadi, dan bukan berpunca daripada aktiviti pihak-pihak tertentu.
Elak makan kupang, kerangan sementara waktu - Aminuddin
Kerajaan negeri akan melihat beberapa aspek sebelum tindakan lanjut diambil berdasarkan laporan daripada Jabatan Perikanan negeri termasuk jumlah penternak dan sebagainya.
16,000kg daging segar dijual pada 'Program Mantai Rayo' Negeri Sembilan
Kira-kira 16,000 kilogram daging pejal atau 160 ekor lembu disediakan untuk rakyat negeri ini sempena jualan 'Program Mantai Rayo Negeri Sembilan' menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
27 tapak projek JENDELA di Negeri Sembilan siap dibina
Sejumlah 27 infrastruktur telekomunikasi baharu bagi fasa satu di bawah JENDELA di Negeri Sembilan telah siap dibina.
Aminuddin nafi campur tangan tamatkan kontrak Zaquan Adha
Menteri Besar Negeri Sembilan menafikan masuk campur tangan dalam keputusan menamatkan kontrak bekas kapten Harimau Malaya, Zaquan Adha Abdul Radzak.
Negeri Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1 bilion tahun lepas - Aminuddin
Berdasarkan rekod kelulusan MIDA, pelaburan pada 2023 menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
RM17 juta naik taraf Stadium Hoki Seremban 2, dua kompleks KBS
Daripada jumlah itu, RM5 juta digunakan untuk membaik pulih stadium hoki manakala RM12 juta bagi kerja-kerja menaik taraf dua kompleks KBS.
Penjawat awam penggerak, ejen sebar luas konsep Malaysia MADANI - Aminuddin
Menerusi program itu, ketua-ketua jabatan dapat berfikir secara strategik serta menghasilkan nilai karamah insaniah yang tinggi.
Golongan nelayan sentiasa dalam 'radar' kerajaan negeri - Aminuddin Harun
Kerajaan negeri akan sentiasa memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan termasuk nelayan dan penternak akuakultur.