awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kuala Kedah sekali lagi dinaiki air pasang besar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
24/11/2022
02:30 MYT
Banjir: Kuala Kedah sekali lagi dinaiki air pasang besar
Air laut naik dengan pantas sehingga mencecah 2.95 meter (m) dan mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air. - Foto APM
ALOR SETAR: Pekan Kuala Kedah sekali lagi dilanda air pasang besar sekitar jam 12.30 tengah malam sehingga jam 2 pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, air laut naik dengan pantas sehingga mencecah 2.95 meter (m) dan mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air.
“Antara kawasan yang terjejas iaitu Terminal Feri Kuala Kedah, Taman Seri Putra, Pasar Kota Marina dan Pekan Kuala Kedah.
"Air turut melimpahi Pekan Kuala Kedah, bagaimanapun, tiada rumah dan premis perniagaan yang terjejas dan keadaan kembali terkawal selepas air mulai surut satu jam kemudian," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Norlizawati bersyukur kerana ketika kejadian tiada hujan dan angin kuat yang boleh mengakibatkan paras air melimpah memasuki kediaman dan premis perniagaan.
Namun beliau menasihati penduduk yang tinggal di kawasan pesisir pantai di Kuala Kedah supaya berhati-hati selain mengambil melangkah persediaan berikutan air pasang besar dijangka berlaku awal pagi esok dan Sabtu ini.
Topic Berkaitan
#banjir
#air pasang besar
#hujan
#angin kuat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan