Lima sekolah di Tumpat dan Pasir Mas ditutup esok berikutan keadaan banjir belum pulih di jajahan berkenaan.

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) dalam satu kenyataan berkata tiga sekolah ditutup di Tumpat manakala dua sekolah di Pasir Mas.

Sekolah yang ditutup di Tumpat ialah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Nurul Huda Kajang Sebidang, Sekolah Kebangsaan (SK) Simpangan dan SK Bendang Pa' Yong manakala di Pasir Mas ialah SABK Al Falah Siram dan SK Bakong.

Penutupan sekolah terbabit sama ada laluan ke sekolah masih ditenggelami air banjir dan berbahaya kepada murid serta guru, sekolah masih dinaiki air dan sekolah dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir. -- BERNAMA