KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir terus meningkat di Terengganu petang ini sementara di tiga negeri lain iaitu Pahang, Selangor dan Kelantan mencatatkan penurunan mangsa banjir manakala jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan kekal.
Di TERENGGANU mangsa banjir meningkat kepada 433 orang daripada 123 keluarga petang ini berbanding 390 orang daripada 115 keluarga tengah hari tadi.
Kemaman menjadi daerah kedua yang dilanda banjir selepas Dungun dengan pembukaan satu pusat penempatan sementara (PPS) menjadikan jumlah keseluruhan PPS seluruh negeri ialah tiga ketika ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan PPS baharu tersebut iaitu Surau Kampung Ban Ho menempatkan 43 mangsa daripada lapan keluarga.
"Jumlah mangsa di Daerah Dungun kekal sama seperti tengah hari tadi iaitu Dewan Serbaguna Kampung Shukur (225 mangsa, 60 keluarga) dan Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja (165 orang, 55 keluarga," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal rasmi https://publicinfobanjir.water.gov.my pula memaklumkan stesen bacaan di dua sungai masih merekodkan ketinggian air melebihi paras amaran iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut dan Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan sedikit penurunan pada petang ini apabila Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan 2,290 mangsa ditempatkan di 32 PPS berbanding 2,366 mangsa tengah hari tadi melibatkan Daerah Pekan, Temerloh, Kuantan, Bentong dan Maran.
Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan aras air di beberapa stesen telah melebihi tahap amaran antaranya di Jerantut melibatkan Kuala Tahan, Sungai Tembeling di Kampung Merting dan Sungai Tembeling di Kuala Tahan.
Selain itu, aras air di Sungai Kuantan di Pasir Kemudi (Kuantan), Jambatan Chegar Perah (Lipis), Sungai Dong di Kampung Peruas (Raub) dan Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran) turut melepasi tahap amaran.
Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa di negeri itu terus menurun kepada 97 mangsa melibatkan 27 keluarga yang ditempatkan di dua PPS setakat petang ini berbanding 408 mangsa daripada 125 keluarga yang ditempatkan di empat PPS pada tengah hari tadi.
Dua PPS tersebut adalah Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding (20 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil (77 orang) di Hulu Langat.
Jumlah mangsa banjir turut mencatatkan penurunan di KELANTAN setakat 5 petang ini, apabila seramai 1,070 orang daripada 346 keluarga masih berada di PPS berbanding 1,172 orang daripada 367 keluarga, tengah hari tadi.
Aplikasi Info Bencana JKM memaklumkan 16 PPS dibuka melibatkan tiga jajahan iaitu sembilan di Kuala Krai, enam di Jeli dan satu di Tanah Merah.
Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan hanya satu sahaja sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai merekodkan bacaan 25.32 meter.
Portal Rasmi Pengurusan Bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi pautan http://bencanaalam.jkr.gov.my/ melaporkan satu Jalan Persekutuan di Kelantan yang menghubungkan Jeli-Dabong di Jalan Kuala Balah, Jeli masih ditutup kepada semua kenderaan sejak semalam.
Sementara di NEGERI SEMBILAN aplikasi Info Bencana JKM menunjukkan jumlah mangsa banjir kekal 29 orang daripada sembilan keluarga yang berada di satu-satunya PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Puom.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021

Antara rumah yang ditenggelami banjir semasa tinjauan di Kampung Pasir Raja, Dungun. - Gambar fail/BERNAMA

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Banjir: 43 mangsa dipindahkan ke PPS
Mereka yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 lelaki dewasa dan sembilan wanita, manakala kanak-kanak lelaki (8 orang) dan kanak-kanak perempuan (2 orang).

Banjir pulih, PPS di Kedah dan Negeri Sembilan ditutup
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu dua di Negeri Sembilan dan satu di Kedah yang menempatkan 138 mangsa banjir daripada 48 keluarga ditutup sepenuhnya hari ini.

Tiga negeri dilanda banjir, satu PPS dibuka
Hujan lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan beberapa lokasi di tiga negeri dinaiki air, namun hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini.

KASA ambil tindakan segera tangani masalah banjir di Janda Baik
Beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.

PBT, kementerian berkaitan digesa bersama-sama ambil langkah atasi banjir - Mansor
PBT dan kementerian berkaitan digesa ambil langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu banjir yang berlaku di negeri masing-masing.

Segerakan kerja membersih, dalamkan sungai di Janda Baik- Tengku Hassanal
Kerajaan Pahang dan KASA dititah supaya menyegerakan pelaksanaan kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai yang menjadi punca banjir kilat di sekitar Janda Baik.

Jejambat Jalan Langgak Golf di ibu negara dibuka sepenuhnya esok
Ia diyakini mampu mengurangkan aliran trafik yang menggunakan laluan Jalan Tun Razak menuju ke arah Bulatan Kampung Pandan.

Kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik siap dalam tiga bulan
Kerja-kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik, Bentong dengan anggaran kos RM1 juta, dijangka bermula pada minggu hadapan dan siap dalam tempoh tiga bulan.

Jangan jual rumah YASA, biar berkekalan turun-temurun - YDP Agong
Baginda bertitah agar rumah tersebut dijaga supaya kekal menjadi hak milik keluarga turun-temurun.

Banjir Sabah: Keadaan beransur pulih, 707 mangsa masih berada di PPS
Keadaan banjir di Sabah menunjukkan trend penurunan apabila jumlah mangsa terjejas akibat bencana alam itu turun daripada 707 berbanding 1,435 mangsa yang dilaporkan semalam.