awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kualiti filem, mekanisme dana jadi keutamaaan FINAS
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Pahang: Polis hanya terima laporan kehilangan lima orang di Telemong

Bernama
Bernama
19/12/2021
23:40 MYT
Banjir Pahang: Polis hanya terima laporan kehilangan lima orang di Telemong
Polis setakat ini hanya menerima laporan berhubung kehilangan lima orang dalam kejadian di Telemong, Bentong di Kuantan, dan bukannya kehilangan 16 orang sebagaimana yang ditularkan oleh media sosial malam tadi.
KUALA LUMPUR: Polis setakat ini hanya menerima laporan berhubung kehilangan lima orang dalam kejadian di Telemong, Bentong di Kuantan, dan bukannya kehilangan 16 orang sebagaimana yang ditularkan oleh media sosial malam tadi.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima aduan berkenaan kehilangan mereka daripada orang awam.
"Saya mengesahkan lima orang itu dipercayai hilang, dan (polis) tidak pernah menyatakan bahawa 16 orang hanyut, itu adalah berita palsu.
"Saya juga menerima laporan berhubung satu penemuan mayat tetapi saya perlu mengesahkannya," katanya kepada Bernama.
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani mengesahkan laporan mengenai kehilangan lima individu dan operasi mencari dan menyelamat akan digerakkan Isnin.
Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Telemong Lai Wah Foong berkata laluan untuk masuk ke tempat kejadian berkenaan sebelum ini tidak boleh dilalui susulan kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pada Sabtu.
"Esok (Isnin), pihak kami bersama beberapa agensi penguatkuasa lain akan membersihkan laluan tanah runtuh itu secara berperingkat.
"Selain itu, air yang naik di Telemong telah surut secara perlahan-lahan dan fokus kini adalah untuk memberi bantuan kepada mangsa terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#telemong
#tanah runtuh
#Zaiham Mohd Kahar
#banjir pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan